awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tenggelam dalam lumpur panas Gunung Semeru, kucing putih ini dijumpai masih hidup

Mingguan Wanita
Mingguan Wanita
09/12/2021
02:47 MYT
Tenggelam dalam lumpur panas Gunung Semeru, kucing putih ini dijumpai masih hidup
Tenggelam dalam lumpur panas Gunung Semeru, kucing putih ini ditemui masih hidup. -Mingguan Wanita
JAKARTA: Tenggelam dalam lumpur panas Gunung Semeru, kucing putih ini ditemui masih hidup. Allah Maha Besar.
Biarpun lumpur ini masih panas, kucing ini masih panjang umurnya apabila ditemukan masih bernyawa walaupun rumah pemiliknya hampir tenggelam dek lumpur.
Seekor kucing ditemui dalam keadaan masih bernyawa meskipun tenggelam di dalam lumpur panas semasa letusan Gunung Semeru, Indonesia, lapor portal Berita Hits.
BACA: Gunung Berapi Semeru aktif semula, angka korban meningkat kepada 22 orang
BACA: Letusan Gunung Semeru: Rumah ditenggelami abu sehingga paras atap
Berdasarkan sebuah klip video yang dikongsikan di TikTok, seorang lelaki menemukan kucing berwarna putih itu hampir tenggelam di dalam lumpur di rumah pemiliknya.
Dia kemudiannya mendekati kucing tersebut sebelum haiwan itu bangun dan bersembunyi di sebalik kayu hanyut.
“Kuasa Allah, seekor kucing masih hidup di ‘lautan’ lumpur Semeru yang masih panas,” tulis lelaki berkenaan dalam video tersebut.
Video itu menjadi tular dengan ramai netizen melahirkan rasa kagum dan kasihan melihatkan keadaan kucing tersebut.
“Tolong selamatkan kucing itu, pasti ia haus dan lapar,” kata seorang netizen.
“Minta tolong bawa kucing itu jauh dari kawasan lumpur panas,” kata seorang lagi.
Pada penghujung rakaman, lelaki berkenaan meminta rakannya membawa kucing itu ke lokasi yang lebih selamat. – Agensi
*Artikel asal di Mingguan Wanita
Topic Berkaitan
#Gunung Berapi Semeru
#kucing masih hidup
#lumpur panas
#kayu hanyut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan