Skip to main content

Advertisement

Dunia

Tentera Iran gesa pengosongan pelabuhan utama UAE susulan ketegangan meningkat

FILE PHOTO: Smoke billows from Jebel Ali port after an Iranian attack, following United States and Israel strikes on Iran, United Arab Emirates, March 1, 2026. REUTERS/Amr Alfik/File Photo
Asap kelihatan daripada pelabuhan Jebel Ali susulan serangan Iran, di tengah-tengah serangan AS-Israel ke atas Iran, di UAE, 1 Mac 2026. - Gambar fail/REUTERS

ISTANBUL: Angkatan tentera Iran pada Sabtu menggesa penduduk dan pekerja supaya menjauhkan diri dari beberapa pelabuhan utama di UAE di tengah-tengah ketegangan serantau yang semakin meningkat, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media Iran.

Dalam satu notis, pasukan tentera itu menggesa orang ramai supaya segera mengosongkan kawasan di sekitar Pelabuhan Jebel Ali, Pelabuhan Khalifa, dan Pelabuhan Fujairah, menurut agensi berita Fars.

Advertisement

Notis itu mendakwa bahawa lokasi berkenaan telah menjadi "sasaran sah" disebabkan kehadiran pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) di dalam kemudahan awam di kawasan terbabit, sambil menambah bahawa pelabuhan tersebut "boleh disasarkan dalam masa beberapa jam lagi."

Ia menggesa rakyat, penduduk, pekerja pelabuhan dan orang ramai di sekitar kemudahan itu supaya meninggalkan kawasan tersebut secepat mungkin demi keselamatan mereka.

Sejak Israel dan AS melancarkan serangan bersama terhadap Iran pada 28 Feb, yang mengorbankan lebih 1,200 orang, termasuk Pemimpin Agung ketika itu Ayatollah Ali Khamenei, permusuhan semakin memuncak.

Iran telah bertindak balas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq, dan negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video