DUNIA
Tentera Israel akui 'kesilapan teknikal' selepas serangan udara Gaza ragut nyawa kanak-kanak
Penduduk tempatan memeriksa lokasi serangan udara Israel yang meragut nyawa rakyat Palestin ketika mereka berkumpul untuk mendapatkan bekalan air. - Foto REUTERS
GAZA: Sekurang-kurangnya 10 penduduk Palestin, termasuk enam kanak-kanak, terbunuh dalam satu serangan udara Israel di kem pelarian Nuseirat, Gaza Tengah, menurut pegawai kecemasan tempatan.
Serangan itu berlaku ketika mangsa sedang beratur untuk mengisi bekas air di sebuah pusat pengagihan air.
Menurut saksi, sebuah dron Israel melepaskan peluru berpandu ke arah kumpulan orang awam yang membawa bekas kosong berhampiran lori tangki air.
Rakaman video yang disahkan menunjukkan kanak-kanak terbaring berlumuran darah di antara bekas air kuning, sementara orang ramai bergegas membantu mangsa yang cedera.
Tentera Israel (IDF) mengakui bahawa serangan tersebut berpunca daripada “kesilapan teknikal”, apabila peluru berpandu tersasar beberapa puluh meter dari sasaran asal - seorang anggota Jihad Islam yang didakwa berada di kawasan itu.
IDF menyatakan bahawa siasatan sedang dijalankan dan mereka “kesal atas sebarang kemudaratan terhadap orang awam yang tidak terlibat.”
Hospital Al-Awda di Nuseirat menerima 16 mangsa cedera, termasuk tujuh kanak-kanak.
Pegawai kesihatan Gaza turut melaporkan 19 kematian lain pada hari yang sama akibat tiga serangan berasingan di kawasan kediaman di Gaza Tengah dan Bandar Gaza.
Kekurangan air bersih di Gaza semakin meruncing, dengan penutupan loji penyahgaraman dan sanitasi akibat kekurangan bahan api.
Penduduk kini bergantung sepenuhnya kepada pusat pengagihan air untuk mendapatkan bekalan harian.
Serangan ini berlaku di tengah-tengah kebuntuan rundingan gencatan senjata antara Israel dan Hamas.
Sementara itu, lebih 58,000 nyawa telah terkorban sejak konflik bermula pada Oktober 2023, menurut Kementerian Kesihatan Gaza yang dikendalikan Hamas.
Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa (ICRC) menyatakan bahawa hospital lapangan mereka di Rafah telah menerima lebih 3,400 pesakit dengan kecederaan senjata sejak pembukaan pusat pengagihan makanan baharu pada 27 Mei, termasuk lebih 250 kematian.
Kebanyakan mangsa dilaporkan cedera ketika cuba mendapatkan bantuan makanan.
Pegawai hak asasi manusia dan pertubuhan kemanusiaan antarabangsa terus menggesa siasatan bebas dan pembukaan laluan bantuan tanpa syarat, sambil menyifatkan keadaan di Gaza sebagai “penderitaan yang tidak tertanggung bagi orang awam.”