Tentera Israel guna gas pemedih sekat kemaraan rakyat Palestin

Agensi
Mac 31, 2018 21:06 MYT
Tunjuk perasaan ini merupakan sebahagian daripada agenda rakyat Palestin yang telah memulakan Perarakan Kepulangan Besar-besaran selama enam minggu di sepanjang sempadan Gaza-Israel. - REUTERS/Mohamad Torokman
Ratusan rakyat Palestin yang mengadakan tunjuk perasaan berdekatan pagar sempadan Israel di timur Gaza dan Khan Younis, diserang dengan gas pemedih mata oleh tentera Israel pada Sabtu.
Tindakan itu diambil dalam usaha rejim menyekat kemaraan dan menyuraikan penduduk Palestin dari terus mengadakan tunjuk perasaan di kawasan sempadan berkenaan.
Tunjuk perasaan ini merupakan sebahagian daripada agenda rakyat Palestin yang telah memulakan Perarakan Kepulangan Besar-besaran selama enam minggu di sepanjang sempadan Gaza-Israel.
Ia merupakan demonstrasi aman yang dianjur bagi menuntut hak untuk kembali semula ke tanah air mereka.
Pada Jumaat, 16 rakyat Palestin maut dengan ratusan lagi dilaporkan cedera selepas pihak keselamatan Israel melancarkan operasi mengekang tunjuk perasaan besar-besaran di Gaza.
#Gaza #Israel #Khan Younis #tempur