Tentera Israel serbu Tebing Barat

Astro Awani
Januari 2, 2013 05:07 MYT
Satu serbuan tentera Israel yang menyamar sebagai penjual sayur mencetuskan bantahan penduduk Palestin di Tebing Barat.
Serbuan itu dikatakan bagi menangkap beberapa ahli kumpulan pejuang di utara Tebing Barat.
Penduduk di Tamaoun keluar ke jalan bagi menyuarakan kemarahan mereka dengan membaling batu dan botol namun di balas tembakan peluru hidup oleh tentera Zionis.
Setakat ini lapan orang awam di laporkan cedera terkena tembakan.
Menurut saksi tentera Israel berpakaian seperti penjual sayur menahan seorang anggota kumpulan Jihad Islamiah sebelum disusuli kemasukan tentera.
Penduduk mula membaling batu bagi menghalang daripada lebih banyak tangkapan dibuat.
#Bantahan #Israel #Palestin #Tebing Barat #Zionis