DUNIA
Tentera Israel tahan kapal bantuan Handala ke Gaza
Semua aktivis telah berikrar untuk melancarkan mogok lapar sekiranya ditahan oleh pihak berkuasa Israel. - Foto X/Mariam Barghouti
GAZA: Ketegangan di Semenanjung Gaza terus memuncak apabila tentera laut Israel menahan kapal bantuan kemanusiaan Handala yang cuba menembusi sekatan maritim ke wilayah bergolak itu.
Ringkasan AI
Dalam insiden berasingan, serangan udara Israel sejak awal pagi telah meragut sekurang-kurangnya 71 nyawa, termasuk 42 orang yang sedang menunggu bantuan makanan.
Kapal Handala, yang dikendalikan oleh Freedom Flotilla Coalition, membawa 19 aktivis dan dua wartawan antarabangsa serta bekalan bantuan kemanusiaan.
Ia berlayar dari Sicily pada 13 Julai dengan misi untuk menyampaikan bantuan kepada lebih 2 juta penduduk Gaza yang terjejas akibat perang dan sekatan.
Tentera laut Israel menyerbu kapal tersebut lewat malam Sabtu, dengan rakaman langsung menunjukkan aktivis duduk di dek dengan tangan terangkat ketika komando bersenjata menaiki kapal.
Semua aktivis telah berikrar untuk melancarkan mogok lapar sekiranya ditahan oleh pihak berkuasa Israel.
Dalam perkembangan lain, serangan udara Israel ke atas Gaza sejak awal pagi Sabtu telah menyebabkan 71 kematian, termasuk kanak-kanak dan warga tua yang sedang mencari bantuan makanan.
Keadaan kemanusiaan di Gaza semakin meruncing, dengan lebih 127 kematian akibat kelaparan dilaporkan setakat ini, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
Aktivis dan kumpulan hak asasi manusia mengecam tindakan Israel yang didakwa menggunakan kelaparan sebagai senjata perang.
Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah mengumumkan akan memulakan penghantaran bantuan melalui udara secara serta-merta, manakala Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyeru Israel agar membuka laluan darat untuk bantuan kemanusiaan.
Freedom Flotilla Coalition menyeru masyarakat antarabangsa agar menekan kerajaan masing-masing untuk menghentikan sekatan dan membenarkan bantuan sampai ke Gaza.
“Kami tidak akan berundur. Jika ditahan, kami akan mogok lapar,” kata aktivis Huwaida Arraf dalam satu kenyataan.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Tentera Israel menahan kapal Handala yang membawa aktivis dan wartawan ke Gaza, cuba menembusi sekatan maritim demi menghantar bantuan kemanusiaan kepada lebih 2 juta penduduk.
- Serangan udara Israel sejak awal pagi meragut sekurang-kurangnya 71 nyawa, termasuk orang awam yang beratur untuk bantuan makanan.
- Situasi kebuluran Gaza cetus kecaman antarabangsa; UAE mula hantar bantuan udara dan PBB desak Israel buka laluan darat untuk bantuan kemanusiaan.