awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera Israel tembak mati kanak-kanak Palestin di Tebing Barat

Bernama
Bernama
27/07/2023
06:33 MYT
Tentera Israel tembak mati kanak-kanak Palestin di Tebing Barat
Tentera rejim menggunakan peluru hidup dan getah serta gas pemedih mata ke atas pemuda Palestin yang cuba menghalang serbuan dengan membaling batu dan bom petrol. - Gambar fail/ Reuters
TORONTO: Tentera Israel menembak dan membunuh seorang kanak-kanak Palestin dalam serbuan ke atas bandar Qalqilya di Tebing Barat yang diduduki pada Rabu malam.
Kanak-kanak yang cedera parah di kepala itu dibawa ke Hospital Negeri Qalqilya dan kemudiannya disahkan meninggal dunia, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin.
Butiran identiti dan umur kanak-kanak itu tidak didedahkan.
Tentera Israel menyerbu daerah Nakkar di bahagian barat Qalqilya pada sebelah malam, menurut maklumat yang diperoleh Anadolu daripada saksi tempatan.
Tentera rejim menggunakan peluru hidup dan getah serta gas pemedih mata ke atas pemuda Palestin yang cuba menghalang serbuan dengan membaling batu dan bom petrol.
Walaupun Israel masih belum mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu, serbuan berkenaan dilapor dibuat dengan tujuan menahan orang yang dikehendaki.
Sejak awal tahun ini, Tebing Barat menjadi tegang kerana serangan berulang kali tentera Israel ke atas bandar-bandar Palestin, menahan dan membunuh individu dianggap "dikehendaki", serta serangan berulang pendatang Israel ke atas kampung dan pekan Palestin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Israel
#Palestin
#tembak kanak-kanak
#kanak-kanak maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan