Skip to main content

Dunia

Tentera AS kekal di sekitar Iran sehingga Tehran patuh perjanjian - Trump

U.S. President Donald Trump delivers an address to the nation about the Iran war at the White House in Washington, D.C., U.S. April 1, 2026. Alex Brandon/Pool via REUTERS
Trump berkata, kehadiran aset ketenteraan itu termasuk pengekalan pasukan laut dan udara serta anggota tentera di lokasi strategik berhampiran Iran tanpa sebarang perubahan sehingga pematuhan penuh dipastikan. - Gambar/ Reuters

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata semua kapal, pesawat dan anggota tentera AS akan terus berada di sekitar Iran sehingga negara itu mematuhi sepenuhnya perjanjian yang akan dicapai. 

Trump berkata, kehadiran aset ketenteraan itu termasuk pengekalan pasukan laut dan udara serta anggota tentera di lokasi strategik berhampiran Iran tanpa sebarang perubahan sehingga pematuhan penuh dipastikan.

Advertisement

"Semua kapal, pesawat dan anggota tentera Amerika Syarikat (AS), bersama tambahan bekalan peluru, persenjataan serta apa sahaja yang sesuai dan perlu bagi pelaksanaan tindakan ketenteraan yang membawa maut dan pemusnahan terhadap musuh yang sudah dilemahkan dengan ketara, akan kekal berada di dalam dan sekitar Iran sehingga perjanjian sebenar yang dicapai dipatuhi sepenuhnya,” kata Trump dalam satu hantaran di akaun X Truth Social pada Rabu.

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan bentuk perjanjian yang dirujuk atau syarat khusus yang perlu dipenuhi oleh Iran sebelum sebarang perubahan kepada penempatan ketenteraan AS dibuat.

 

 

Must Watch Video