awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Didakwa tidak hormat privasi, menteri turunkan gambar ziarah Abdul Hadi
DUNIA
Iran dan Israel lancar serangan baharu, Trump timbang penglibatan AS
DUNIA
Jepun rancang bawa keluar 90 rakyat dan ahli keluarga dari Iran melalui jalan darat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

INTERNATIONAL

Tentera Laut Australia selamatkan lelaki Lithuania cuba dayung rentas Lautan Pasifik

Bernama
Bernama
03/03/2025
06:55 MYT
Tentera Laut Australia selamatkan lelaki Lithuania cuba dayung rentas Lautan Pasifik
Pihak berkuasa menerima isyarat kecemasan daripada Aurimas Mockus, yang cuba melakukan perjalanan sejauh 12,000 kilometer dari San Diego ke Brisbane apabila dia terperangkap dalam laluan Taufan Alfred di luar pantai Queensland. - Gambar/ Bernama
SYDNEY: Seorang lelaki Lithuania terpaksa membatalkan cubaannya untuk mendayung merentasi Lautan Pasifik dari California ke Queensland akibat taufan tropika sebelum diselamatkan oleh kapal Tentera Laut Australia dan kini menerima rawatan di atas kapal.
Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia melaporkan bahawa mereka menerima isyarat kecemasan pada Jumaat malam daripada Aurimas Mockus, yang cuba melakukan perjalanan sejauh 12,000 kilometer dari San Diego ke Brisbane apabila dia terperangkap dalam laluan Taufan Alfred di luar pantai Queensland.
Pihak berkuasa memaklumkan bahawa keadaan di kawasan itu "berbahaya dengan angin sehingga 100 km/j dan laut bergelora."
Kapal HMAS Choules milik Tentera Laut Australia akhirnya tiba di lokasi kejadian, kira-kira 6.30 pagi Isnin (2030 GMT Ahad) sekitar 740 kilometer dari pantai Queensland, lapor agensi berita AAP.
"Pelayar solo itu telah diselamatkan dan kini berada di atas HMAS Choules untuk menjalani penilaian perubatan," kata Naib Laksamana Justin Jones dalam satu kenyataan.
Kapal itu kini sedang menuju ke Sydney.
Mockus memulakan perjalanannya dari San Diego pada Oktober dan hampir tiba di destinasi terakhirnya selepas mendayung kira-kira 70 batu nautika sehari, lapor media Australia.
Pelayar British, Peter Bird secara meluas dianggap sebagai orang pertama yang mendayung seorang diri dan tanpa henti merentasi Lautan Pasifik.
Pada 1983, beliau bertolak dari San Francisco ke Australia, namun diselamatkan berhampiran Terumbu Karang kira-kira 50 kilometer dari daratan oleh Tentera Laut Australia selepas 294 hari di laut.
Walaupun cubaan itu gagal kerana beliau terlalu hampir dengan daratan ketika diselamatkan, percubaan itu tetap dianggap berjaya oleh kedua-dua pengadil sukan, The Ocean Rowing Society dan Guinness World Records.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lautan Pasifik
#taufan tropika
#rentas lautan
#dayung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami