DUNIA
Tentera Laut Diraja Arab Saudi atur kedudukan di Laut Arab bagi operasi antipenyeludupan
Tentera Laut Diraja Arab Saudi telah mengatur kedudukan di Laut Arab bagi memulakan operasi pemeriksaan dan antipenyeludupan, kata Mej Jen Turki al-Maliki. - Gambar fail Reuters
ISTANBUL: Tentera Laut Diraja Arab Saudi telah mengatur kedudukan di Laut Arab bagi memulakan operasi pemeriksaan dan antipenyeludupan, menurut jurucakap gabungan Arab pimpinan Arab Saudi pada Jumaat.
Mej Jen Turki al-Maliki menerusi platform X berkata, langkah itu bertujuan memperkukuh pengawasan maritim dan melaksanakan tugas operasi bagi memastikan keselamatan serta kestabilan di rantau berkenaan.
Langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan tentera laut Arab Saudi untuk melindungi laluan laut antarabangsa dan memerangi aktiviti haram.
-- BERNAMA