Tentera Laut Itali lancar operasi bebaskan kapal Turki ditawan pendatang haram

Bernama
Jun 10, 2023 06:35 MYT
Seramai 15 pendatang haram, beberapa daripadanya bersenjatakan pisau telah menguasai kapal yang sedang menuju ke Perancis. - Gambar hiasan/ Reuters
ROME: Tentera laut Itali sedang menjalankan operasi khas untuk membebaskan semula kapal kargo Turkiye, Galata Seaways yang ditawan sekumpulan pendatang haram di Laut Mediterranean berhampiran Napoli, lapor Sputnik memetik Menteri Pertahanan Itali Guido Crosetto, pada Jumaat.
"Operasi ini masih berjalan. Kapal ini tidak terlalu besar, tetapi pasukan khas kami, pejuang dari Rejimen San Marco yang berpangkalan di Brindisi, masih berusaha ke arah itu," kata Crosetto.
Seramai 15 pendatang haram, beberapa daripadanya bersenjatakan pisau telah menguasai kapal yang sedang menuju ke Perancis.
Kapten kapal telah menghantar isyarat meminta bantuan.
--BERNAMA-SPUTNIK
#Itali #pendatang haram #rampas kapal #Turki