Tentera laut Korea Utara akan jadi pasukan penting pencegahan nuklear - Kim Jong Un

Bernama
Ogos 29, 2023 05:51 MYT
Kim mendakwa akibat tindakan Amerika Syarikat dan Sekutunya, perairan Semenanjung Korea kini menjadi perairan paling tidak stabil dengan bahaya perang nuklear. - Gambar fail/AP
MOSCOW: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un pada Selasa berkata tentera laut negara itu akan menjadi sebahagian daripada pasukan penting dalam pencegahan nuklear di negara itu, lapor Sputnik.
Unit pelbagai perkhidmatan itu akan dilengkapi senjata nuklear taktikal baharu, selaras dengan dasar memperluas operasinya, lapor Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), memetik kata pemimpin Korea Utara itu ketika melawat markas komando tentera laut dan menyampaikan ucapan tahniah sempena Hari Tentera Laut.
Kim Jong Un mendakwa akibat tindakan Amerika Syarikat dan Sekutunya, perairan Semenanjung Korea kini menjadi perairan paling tidak stabil dengan bahaya perang nuklear.
--BERNAMA-SPUTNIK
#Korea Utara #Tentera Laut #Kim Jong Un #pencegahan nuklear