awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuci, jual semula lebihan makanan: Restoran diarah tutup 14 hari - JKNNS
Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera Lubnan akan adakan mesyuarat gencatan senjata

Astro Awani
Astro Awani
07/12/2024
00:00 MYT
Tentera Lubnan akan adakan mesyuarat gencatan senjata
Pencabulan gencatan dilaporkan berlaku susulan serangan harian yang berterusan ke atas wilayah Lubnan khususnya di bahagian selatan. - Foto fail/REUTERS
BEIRUT: Jawatankuasa penyelia gencatan senjata antara Hezbollah dan Israel akan mengadakan mesyuarat awal minggu depan.
Menerusi kenyataan di X, tentera Lubnan memaklumkan jawatankuasa disertai pegawai tertinggi tentera dari Amerika Syarikat (AS) dan Perancis itu turut meninjau sektor selatan Litani, Lubnan, menggunakan helikopter.
Tindakan itu dilakukan bagi menilai situasi semasa di lapangan sebelum mesyuarat berlangsung.
Sementara itu, AS menegaskan bahawa gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah masih terjamin.
Kenyataan itu menyusul di sebalik laporan kerajaan Perancis bahawa terdapat “pelanggaran” yang kerap dilakukan oleh Israel.
Pencabulan gencatan dilaporkan berlaku susulan serangan harian yang berterusan ke atas wilayah Lubnan khususnya di bahagian selatan.
Langkah seterusnya dijangka dibincangkan dalam mesyuarat tersebut untuk memastikan pelaksanaan gencatan senjata yang lebih berkesan di zon konflik.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#lubnan
#Israel
#mesyuarat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan