[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
INTERNATIONAL

Tentera perketat kawalan di Mesir

Astro Awani 21/05/2013 | 01:46 MYT
Tahap keselamatan di El-Arish, Mesir ditingkatkan selepas enam anggota polis dan seorang pengawal sempadan diculik puak pelampau.
Pada Isnin, ratusan tentera dan kenderaan berperisai di hantar ke kawasan utara semenanjung Sinai yang sering bergolak itu.
Tindakan berkenaan dibuat sehari selepas penyebaran video 7 mangsa yang ditahan, merayu kepada presiden Mohammed Morsi agar memenuhi permintaan penculik itu sebagai syarat pembebasan mereka.
Kestabilan di Semenanjung Sinai adalah cabaran terbesar kepada Mohammed selepas dilantik sebagai presiden pada jun 2012.
Operasi kententeraan yang dilancarkan di kawasan berkenaan membawa kepada penutupan terowong penyeludup dan penangkapan ketua kumpulan pelampau, Ahmed Abu Shita.
Penculikan terbaru yang dilakukan dipercayai adalah bagi menuntut pembebasan Ahmed.
#El-Arish #Mesir #Mohammed Morsi #Sinai