KUALA LUMPUR : Penduduk Kiev ketika ini berdepan masalah kekurangan bekalan makanan dan ubat-ubatan susulan kepungan yang dilakukan tentera Rusia ke atas Ukraine itu.
Editor Ukraine TV Channel, Andrii Bystrov berkata, kebanyakan penduduk yang tidak dapat melarikan diri dari bandar kedua terbesar Ukraine itu kini berada dalam ketakutan.
Ia susulan tindakan tentera Rusia yang bertindak menembak sesiapa sahaja yang berada di jalan raya, walaupun orang awam yang terpaksa keluar untuk mencari bantuan makanan dan ubat-ubatan.
Bekalan makanan, ubatan paling diperlukan
Ketika ini, penduduk paling memerlukan bekalan makanan seperti roti selain ubat-ubatan yang turut menjadi keperluan mendesak.
"Bekalan air ketika ini masih ada, tetapi makanan seperti roti tidak cukup. Kami juga terpaksa beratur panjang di farmasi untuk mendapatkan ubat.
"Ubat-ubatan di farmasi seperti pil-pil kesihatan tidak cukup dan kami terpaksa menunggu sehingga lima ke enam jam kerana tidak cukup di farmasi.
"Kiev ketika ini berada dalam zon perang kerana pencerobohan Rusia yang bergerak dari arah utara dan mereka telah menguasai bandar kecil kami, jadi kami tidak boleh bergerak dalam bandar untuk mendapatkan makanan atau ke farmasi.
"Tentera Rusia akan menembak kereta orang awam dan menyebabkan kebanyakan keluarga yang berada dalam kenderaan itu terbunuh. Mereka memusnahkan negara kami dan orang awam," katanya dalam temu bual bersama Astro AWANI pada Ahad.
Serangan udara pada Sabtu paling terkesan
Kata Bystrov lagi, serangan demi serangan dilakukan Rusia menyebabkan beberapa bandar-bandar kecil dalam Kiev musnah sepenuhnya.
"Semalam adalah hari yang paling sukar sekali di mana kedengaran paling banyak bunyi letupan bom seluruh Kiev. Saya sekarang di Kiev dan kebanyakan bandar kecil telah diserang dengan peluru berpandu.
"Kiev ini adalah sebuah bandar yang cantik, namun sayangnya banyak bandar-bandar kecil yang didiami orang awam telah musnah sepenuhnya dalam masa beberapa hari lalu," kata Bystrov.
Lebih 100 kanak-kanak terkorban
Malah, lebih kejam, dianggarkan lebih 100 kanak-kanak turut terkorban dalam serangan dilakukan Rusia sejak beberapa hari lalu di Kiev.
"Kiev adalah bandar besar, dan ia bukan sahaja musnahkan bandar kami, malah kanak-kanak turut terkorban. Lebih daripada 100 kanak-kanak terbunuh kerana serangan roket Rusia," tambahnya lagi.
Menurut Bystrov lagi, bukan setakat Rusia telah memusnahkan kediaman, harta benda awam, dan mengancam nyawa orang awam, malah negara itu turut melakukan 'perang psikologi' dengan teknik penyamaran sebagai penduduk Kiev.
"Sekarang ini kami boleh bergerak di jalan untuk masa tertentu, namun ia masih berbahaya kerana tentera Rusia sejak beberapa bulan lalu telah masuk ke Kiev dengan menyamar sebagai orang awam.
"Mereka tinggal di dalam bandar kami dan sekarang mereka akan serang orang awam selain memusnahkan kemudahan serta melakukan pembunuhan.
"Inilah cubaan untuk melakukan perang psikologi ke atas kami kerana apabila kami berada di jalan, kami mungkin tidak dapat membezakan sama ada dia adalah orang awam atau tidak," katanya.
Bukan sekadar perang Rusia-Ukraine
Justeru, katanya, komuniti antarabangsa termasuk media, perlu turut mengambil peranan masing-masing dalam mendesak rusia segera menghentikan serangan ke atas Ukraine.
Menurutnya, ia berikutan situasi serangan ke atas Ukraine bukan hanya konflik tempatan, sebaliknya menjadi peperangan antarabangsa susulan tindakan Rusia yang mula melakukan serangan ke atas dua stesen nuklear terbesar iaitu Chernobyl dan Energodar milik Kesatuan Eropah (EU).
"Hentikan hubungan komunikasi dengan Rusia, kerana ia adalah satu cara untuk menghentikan peperangan antarabangsa ini.
"Ini bukan hanya perang antara Rusia dan Ukraine sahaja. Ini perang antarabangsa,"ujarnya lagi.
Rahimah Abdullah
Sun Mar 06 2022
Editor Ukraine TV Channel, Andrii Bystrov berkata, kebanyakan penduduk yang tidak dapat melarikan diri dari bandar kedua terbesar Ukraine itu kini berada dalam ketakutan. - Gambar Astro AWANI
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
Brazil kekal berkecuali dalam perang Rusia-Ukraine - Lula
Katanya, Brazil antara kumpulan negara yang mahu kekal berkecuali dalam usaha menyumbang kepada kemungkinan menamatkan perang.
Sempena setahun konflik Rusia-Ukraine, PBB akan mengundi resolusi mengenai Ukraine
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengundi resolusi mengenai Ukraine yang dikemukakan oleh Kiev dan wakil Kesatuan Eropah sempena setahun pencerobohan Rusia.
Ukraine "tinggalkan" proses rundingan tamatkan konflik - Putin
Presiden Rusia Vladimir Putin memberitahu Perdana Menteri India, Narendra Modi bahawa Ukraine "meninggalkan" proses rundingan bagi menamatkan konflik Rusia-Ukraine.
Harga makanan melambung, terpaksa catu hidangan utama - Pelajar Malaysia di Rusia
Kesan sekatan ekonomi akibat konflik Rusia-Ukraine menjejaskan aliran kewangan dan cara perbelanjaan sebilangan besar pelajar Malaysia di Rusia.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Belum dilihat bagaimana konflik Rusia-Ukraine dapat diselesaikan, tetapi yang mendapat manfaat yang jelas adalah harga komoditi.
Nilai ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS hari ketiga berturut-turut
Pada jam 9 pagi, nilai mata wang tempatan bertambah kepada 4.1825/1850 berbanding dolar AS.