DUNIA
Tentera Thailand isytihar Teluk Thailand sebagai kawasan berisiko tinggi
Anggota pasukan Pemusnah Bom Thailand memeriksa lokasi serangan roket semasa pertempuran antara tentera Thailand dan Kemboja di daerah Kantharalak, wilayah Sisaket, Thailand. - Foto AP
BANGKOK: Tentera Thailand mengumumkan pada Isnin pengisytiharan Teluk Thailand sebagai kawasan berisiko tinggi.
Menurut media Thailand, langkah itu bertujuan memutuskan laluan laut yang digunakan untuk mengangkut bekalan ketenteraan ke Kemboja, lapor Xinhua.
Dalam satu hantaran di media sosial pada Isnin, Markas Angkatan Tentera Diraja Thailand menjelaskan yang langkah itu merupakan langkah berjaga-jaga. Ia menegaskan yang tindakan itu tidak bermakna Teluk Thailand ditutup sepenuhnya dan tidak akan menjejaskan kapal dari negara ketiga.
Pada sidang media mengenai situasi di sempadan Thailand-Kemboja yang diadakan pada Isnin, Jurucakap Kementerian Luar Thailand Nikorndej Balankura berkata kementerian menghantar surat kepada Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia untuk mengemukakan aduan terhadap serangan rambang oleh Kemboja ke atas Thailand, termasuk serangan yang menyasarkan kawasan awam.
Menurut taklimat jurucakap Kementerian Pertahanan pada Ahad, pusingan terbaharu pertempuran antara Thailand dan Kemboja meragut nyawa 16 anggota tentera Thailand dan mencederakan lebih 320 yang lain. Setakat petang Isnin, 13 orang awam dilaporkan terbunuh dan lebih 260,000 penduduk dipindahkan.
--BERNAMA-Xinhua