awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Moksu Bedak Sejuk maut dilanggar kereta
OIC, negara Islam kecam pelanggaran gencatan senjata oleh Israel di Gaza
MAIPs salur sumbangan RM150,000 bantu mangsa banjir di Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera Thailand nafi arahan pemindahan, kecam khabar angin sebelum mesyuarat di KL

Bernama
Bernama
03/08/2025
21:30 MYT
Tentera Thailand nafi arahan pemindahan, kecam khabar angin sebelum mesyuarat di KL
Hantaran di media sosial secara palsu mendakwa tentera Thailand telah mengarahkan pemindahan penduduk pada waktu malam dan sedang bersiap sedia untuk melancarkan serangan ke atas Kemboja. - Foto Sinar Harian/Agensi
BANGKOK: Tentera Darat Diraja Thailand (RTA) pada Ahad menafikan khabar angin di media sosial yang mendakwa ia telah mengarahkan pemindahan penduduk di wilayah Surin sebagai persediaan untuk melancarkan serangan ke atas Kemboja.
Jurucakap RTA Mejar Jeneral Winthai Suvaree menolak dakwaan itu, yang menurutnya berpunca daripada satu hantaran media sosial yang didakwa dikongsi oleh bekas Perdana Menteri Kemboja Hun Sen, memetik kenyataan yang dikaitkan dengan jurucakap Kementerian Pertahanan Kemboja.
Winthai berkata hantaran itu secara palsu mendakwa tentera Thailand telah mengarahkan pemindahan penduduk pada waktu malam dan sedang bersiap sedia untuk melancarkan serangan ke atas Kemboja.
Beliau mengesahkan dakwaan itu adalah tidak benar dan menegaskan bahawa tiada sebarang arahan pemindahan dikeluarkan di Surin atau mana-mana kawasan lain.
"Orang ramai digesa untuk bergantung kepada sumber maklumat rasmi dan tidak terpedaya dengan hantaran yang tidak disahkan atau maklumat palsu yang boleh menyebabkan penduduk panik," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau turut menekankan bahawa walaupun RTA kekal komited sepenuhnya terhadap perjanjian gencatan senjata yang sedang berkuat kuasa, Thailand terus mengekalkan tahap kesiapsiagaan operasi bagi bertindak balas terhadap sebarang perkembangan yang tidak dijangka.
Menteri pertahanan Thailand dan Kemboja dijadual mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) di Kuala Lumpur dari 4 hingga 7 Ogos susulan perjanjian gencatan senjata yang dimeterai hasil usaha Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 28 Julai.
Kedua-dua negara jiran itu telah lama terlibat dalam pertikaian di sepanjang sempadan sepanjang 817 kilometer, dengan pertikaian bermula sejak 1907.
Konflik terkini tercetus susulan pertempuran singkat antara tentera Thailand dan Kemboja pada 28 Mei yang kemudian memuncak kepada pertempuran bersenjata pada 24 Julai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemindahan paksa
#khabar angin
#media sosial
#tentera Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan