Tentera Udara India sertai usaha padam kebakaran di hutan simpan untuk harimau

Bernama
Mac 29, 2022 21:15 MYT
IAF menyertai usaha memadam kebakaran atas arahan pentadbiran tempatan daerah Alwar. - Gambar hiasan/airforce-technology.com
NEW DELHI: Tentera Udara India (IAF) menghantar dua helikopter Mi-17V5 untuk bantu mengawal kebakaran di kawasan hutan rizab harimau di negeri Rajasthan.
IAF pada Selasa, berkata ia menyertai usaha memadam kebakaran atas arahan pentadbiran tempatan daerah Alwar.
Kebakaran di Rizab Harimau Sariska itu berlaku pada Isnin dan meliputi kawasan seluas 10 kilometer persegi, lapor media tempatan.
Menurut laman web kerajaan Rajasthan, rizab itu terletak kira-kira 200 kilometer dari Delhi, meliputi kawasan seluas lebih 800 kilometer persegi.
Selain harimau, kawasan itu juga merupakan habitat kepada kucing hutan, monyet rhesus, sambar, rusa dan babi hutan.
-- BERNAMA
#India #tentera udara India #helikopter #kebakaran hutan