Tentera Yaman beri amaran kepada syarikat kapal bekerjasama dengan Israel

Astro Awani
Disember 10, 2023 00:20 MYT
Kapal Galaxy Leader dari Slovenia yang dirampas tentera Houthi ketika dalam perjalanan menuju ke Israel. - Foto fail/AP
SANAA: Tentera Houthi Yaman memberi amaran supaya syarikat perkapalan tidak bekerjasama dengan Israel.
Jurucakap tentera Houthi memaklumkan sedia menyerang kapal tersebut sekiranya mereka melalui Laut Merah dan turut umum larangan ke atas laluan menuju Israel.
"Selepas kejayaan tentera Houthi, untuk menguatkuasa keputusan melarang kapal Israel menggunakan laluan Laut Merah dan Laut Arab dan susulan tindakan berterusan Zionis melakukan pembunuhan besar-besaran, pembersihan etnik dan sekatan ke atas saudara kami di Gaza, tentera Houthi dengan ini mengumumkan larangan ke atas laluan menuju ke kawasan Zionis, meliputi apa jua kewarganegaraan, selagi penduduk di Semenanjung Gaza tidak menerima makanan dan bekalan bantuan yang diperlukan.
"Kami memberi amaran supaya syarikat perkapalan tidak bekerjasama dengan Israel. Tentera Houthi mengesahkan komitmen mereka untuk membenarkan laluan antarabangsa menerusi Laut Arab dan Laut Merah, kecuali kepada kapal-kapal yang bekerjasama dengan Israel, yang menghantar barangan ke pelabuhan mereka," katanya.
Houthi, yang merupakan sekutu Iran, melancarkan kempen menyokong perjuangan Palestin sejak wilayah itu dibedil Israel Oktober lalu.
#Houthi #syarikat perkapalan #Laut Merah #Israel