awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terima kasih kepada semua yang prihatin keadaan Raja Charles III - Putera William

Agensi
Agensi
07/02/2024
23:15 MYT
Terima kasih kepada semua yang prihatin keadaan Raja Charles III - Putera William
Putera William (kanan) berbual dengan aktor popular Hollywood, Tom Cruise pada majlis makan malam kutipan dana Badan Amal Ambulans Udara London di London, malam tadi. - Gambar AP
LONDON: Putera William mengucapkan terima kasih kepada orang ramai dalam reaksi pertamanya sejak ayahandanya, Raja Charles III disahkan menghidap kanser.
Bercakap kepada BBC pada majlis makan malam kutipan dana Badan Amal Ambulans Udara London di London, malam tadi, putera diraja British itu berkata: "Kami sangat menghargai mesej baik semua orang."
Terdahulu, Istana Buckinghamberkata "panggilan peribadi ringkas" antara Raja Charles III dan Rishi Sunak telah diatur yang memberi peluang kepada untuk Perdana Menteri United Kingdom (UK) untuk menzahirkan doa dan ucapan semoga raja diberi kesembuhan.
Kedua-dua Perdana Menteri dan Raja England bertemu setiap minggu untuk membincangkan urusan kerajaan.
Berikutan keadaan kesihatan Raja Charles III, Istana Buckingham berkata, mesyuarat secara fizikal antara kedua-dua mereka untuk dua minggu akan datang.
Raja Charles III dan Sunak hanya akan berkomunikasi melalui panggilan telefon sahaja.
Pada ketika ini, Raja Charles III sedang berehat di Sandringham selepas memulakan rawatan kanser pada hari Isnin
Dalam perkembangan sama, Putera William kembali tugas diraja selepas mengambil cuti sejak 16 Januari lalu sementara isterinya, Puteri Wales, pulih daripada pembedahan.
Putera William dijangka mengambil alih beberapa tugas rasmi sementara ayahandanya menerima rawatan.
Beliau juga menyempurnakan upacara penyampaian pingat di Istana Windsor pada Rabu.
Antara mereka yang menerima penghormatan ialah Ellen White, penjaring terbanyak pasukan bola sepak wanita England yang menjadi penyumbang kepada kemenangan Lionesses di Euro pada 2022.
Putera William turut berangkat menghadiri majlis kutipan dana untuk Badan Amal Ambulans Udara London.
Catherine meninggalkan hospital Isnin lalu dan pulang ke rumahnya di Windsor selepas pembedahan perutnya pada 16 Januari.
Di hospital swasta yang sama di London, Raja Charles III menerima rawatan kerana pembesaran prostat - yang menyebabkan kansernya dikesan. - Agensi
Topic Berkaitan
#Raja Charles III
#Raja Charles III hidap kanser
#Putera William
#Istana Buckingham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan