awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS terima laporan penahanan wartawan Al Jazeera

Astro Awani
Astro Awani
19/03/2024
00:00 MYT
AS terima laporan penahanan wartawan Al Jazeera
Ismail dilaporkan ditahan oleh Israel bersama beberapa wartawan lain dalam keadaan tidak berbaju, bergari dan ditutup mata selama 12 jam di Hospital Al-Shifa. - Foto X/Suppressed Voice
WASHINGTON: Amerika Syarikat mengesahkan menerima laporan berkaitan penahanan wartawan Al Jazeera oleh tentera Israel.
Menurut jurucakap Jabatan Negara, Vedant Patel, Washington kini menanti maklumat lanjut dari Israel berkaitan insiden itu.
"Kami maklum berkenaan laporan dan meminta kerajaan Israel untuk memberikan maklumat lanjut. "Tetapi pada umumnya, kami jelas berkenaan wartawan memainkan peranan penting dan tiada kalangan wartawan sepatutnya menjadi sasaran dalam konflik ini.
"Dengan situasi di Gaza, kami percaya kewartawanan dan suara mereka adalah penting. Sehubungan itu dalam hal ini, kami telah meminta maklumat lanjut," katanya.
Agensi media yang berpangkalan di Qatar itu mendakwa Israel menyerang korespondennya Ismail Alghoul di Gaza ketika sedang bertugas.
Al Jazeera turut mendakwa peralatan yang digunakan Ismail dimusnahkan.
Agensi itu sebelum ini menuntut agar wartawannya, Ismail Alghoul, yang ditahan ketika dia menjalankan tugas di Hospital Al-Shifa di Gaza, dibebaskan segera.
Ismail ditangkap pada pagi Isnin bersama beberapa wartawan lain ketika membuat liputan serangan tentera Israel ke atas hospital itu.
Menurut saksi, Ismail dipukul teruk dan dibawa ke lokasi yang tidak diketahui.
Agensi tersebut menyifatkan penahanan itu sebagai taktik intimidasi terhadap wartawan bagi menghalang mereka daripada melaporkan jenayah yang dilakukan Israel terhadap orang awam di Gaza.
Penahanan itu juga merupakan yang terbaharu dibuat terhadap kakitangan Al Jazeera selepas pembunuhan Shireen Abu Akleh, Samer Abu Daqqa dan Hamza Al-Dahdouh.
Selain ugutan terhadap beberapa wartawan dan ahli keluarga mereka, rejim Zionis turut terbabit terhadap pengeboman pejabat Al Jazeera di Gaza.
Topic Berkaitan
#wartawan al jazeera
#Ismail Alghoul
#Israel
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan