Terkejut nampak buaya tekan loceng

Astro Awani
Mei 6, 2019 04:01 MYT
Tetamu tidak diundang tersebut kelihatan cuba menekan loceng pintu. - Foto UPI.com
Seorang wanita yang baru berpindah ke South Carolina terkejut dengan kehadiran 'tetamu' tidak diundang ke rumahnya.
Karen Alfano yang berpindah dari New Jersey ke Mrytle Beach berkata dia terkejut apabila melihat seekor buaya berada di depan pintu rumahnya pada Jumaat lalu.
Alfano yang merakam insiden tersebut berkata buaya itu kelihatan berdiri dan seperti mahu menekan loceng pintunya.
Bercakap kepada pemberita, dia menganggap ia sebagai insiden yang tidak akan dilupakan.
Alfano kemudian menghubungi pihak berkuasa untuk menangkap reptilia berkenaan.
#buaya #buaya tekan loceng #Karen Alfano #Mrytle Beach #tetamu tidak diundang