MISSOURI: Polis Missouri di Amerika Syarikat (AS) sedang menyiasat insiden melibatkan seorang remaja lelaki berkulit hitam yang ditembak sebanyak dua kali dengan sengaja oleh seorang individu.
Ketika kejadian, Ralph Yarl ingin menjemput dua adiknya, namun dilaporkan memasuki kawasan kejiranan yang salah dan kemudian ditembak.
Peguam Daerah Clay, Zachary Thompson memaklumkan sedang bekerjasama dengan polis untuk menilai kes ini dan menentukan sama ada suspek yang menembak Yarl akan dituduh.
Yarl, 16, dilaporkan dalam keadaan stabil namun butiran lain mengenai keadaannya tidak didedahkan.
Remaja itu tiba di rumah tersebut tanpa membawa telefon bimbit dan dikatakan keliru dengan alamat.
Ketika ingin menjemput adiknya, Yarl memasuki ke dalam kawasan rumah yang salah dan berhenti di sebuah rumah.
Ketika dia mengetuk pintu, pemilik rumah membuka pintu mengusirnya dan menembaknya di kepala.
Satu lagi tembakan dilepaskan sewaktu Yarl sedang rebah.
Remaja itu masih mampu berlari ke rumah jiran untuk meminta bantuan.
Identiti suspek masih belun dikenal pasti, namun peguam hak asasi manusia yakin bahawa suspek merupakan individu berkulit putih.
Kes juga dianggap mempunyai kaitan dengan isu perkauman.
Insiden ini mendapat perhatian besar terutama dalam kalangan golongan kulit hitam yang menyifatkan ianya insiden perkauman.
Polis Missouri sedang menyiasat kes tersebut dengan menyeluruh.
Astro Awani
Mon Apr 17 2023
Trisha Loftis dan anaknya Ashlyn duduk di kawasan perumahan di mana Ralph Yarl ditembak dengan sepanduk menggesa orang ramai hentikan keganasan perkauman. - Foto AP
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Terkeliru alamat, remaja lelaki kulit hitam ditembak
Ralph Yarl ingin menjemput dua adiknya, namun dilaporkan memasuki kawasan kejiranan yang salah dan kemudian ditembak.