23 Delegasi Malaysia Bebas dari Israel, Kini di Istanbul untuk Pemeriksaan & Sokongan – Ikuti Perkembangan Terkini di sini
DUNIA

[TERKINI] Break The Siege: Kapal Conscience kini dalam kelajuan sifar, jalani pemeriksaan keselamatan rutin

Syafik Shukri Jalil 05/10/2025 | 14:30 MYT
Kapal Conscience, yang menjadi sebahagian daripada misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG), kini berhenti sepenuhnya bagi menjalani prosedur keselamatan rutin. - Foto freedomflotilla.org
KAPAL Conscience, yang menjadi sebahagian daripada misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG), kini berhenti sepenuhnya bagi menjalani prosedur keselamatan rutin.


Ringkasan AI
  • Kapal Conscience berhenti seketika untuk menjalani pemeriksaan keselamatan rutin bagi memastikan sistem tenaga, navigasi dan struktur kapal berada dalam keadaan baik.
  • Jawatankuasa Pemandu FFC memaklumkan semua kru dan sistem kapal berada dalam keadaan selamat serta berfungsi seperti biasa.
  • Pemeriksaan dijangka selesai sebelum kapal meneruskan pelayaran ke Gaza bersama kapal lain dalam misi kemanusiaan.


Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Dar Fauziah Hasan, pemeriksaan ini dilaksanakan bagi memastikan sistem tenaga, navigasi dan struktur kapal berada dalam keadaan baik selepas menempuh perjalanan panjang di laut.

“Prosedur ini penting untuk memastikan kapal dapat beroperasi semula dengan selamat dan lancar,” katanya.

Pihak misi turut memaklumkan bahawa mereka memahami kebimbangan orang awam berhubung keadaan kapal dan kru, namun menegaskan bahawa semua sistem serta kru berada dalam keadaan selamat dan berfungsi seperti biasa.

Pemeriksaan keselamatan itu dijangka selesai sebelum kapal meneruskan pelayaran ke destinasi seterusnya dalam misi kemanusiaan menuju ke Gaza.

Selain itu, prosedur ini dilakukan bagi membolehkan kesemua kapal layar yang terlibat dalam misi ini bersatu sebelum memulakan perjalanan menuju ke garisan kuning.

“Kita nak meneruskan pelayaran bersama-sama dengan mereka semua yang terlibat dalam misi ini.

“Jadi itu salah satu sebab kenapa enjin kapal ini dimatikan sementara,” tambahnya lagi.

#Break the Siege #Kapal Conscience #Freedom Flotilla Coalition FFC #bantuan kemanusiaan