Skip to main content

Dunia

[TERKINI] Demonstrasi Perancis: Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan tidak penting - Wisma Putra

Protes kali ini dilaporkan turut disertai pelajar, kesatuan sekerja dan kumpulan masyarakat yang membantah tekanan ekonomi serta kemerosotan perkhidmatan awam, dengan insiden keganasan dilaporkan berlaku di beberapa bandar. - Foto AP
Protes kali ini dilaporkan turut disertai pelajar, kesatuan sekerja dan kumpulan masyarakat yang membantah tekanan ekonomi serta kemerosotan perkhidmatan awam, dengan insiden keganasan dilaporkan berlaku di beberapa bandar. - Foto AP

Advertisement

Ringkasan AI

  • Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia menangguhkan perjalanan tidak penting ke Perancis susulan demonstrasi di beberapa bandar utama negara itu.
  • Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas, namun mereka dinasihatkan sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan keselamatan semasa.
  • Rakyat Malaysia digalakkan mendaftar dengan Kedutaan melalui e-Konsular dan mengemas kini maklumat perhubungan bagi memudahkan bantuan ketika kecemasan.

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dinasihat mempertimbangkan penangguhan perjalanan tidak penting ke Perancis susulan demonstrasi yang sedang berlangsung di beberapa bandar utama negara itu.

Kementerian Luar (Wisma Putra) memaklumkan, pihaknya sedang memantau rapat perkembangan demonstrasi berkenaan, namun setakat ini tiada laporan rakyat Malaysia terlibat atau terjejas.

Menurut kenyataannya hari ini, Kedutaan Besar Malaysia di Paris turut menasihatkan rakyat Malaysia supaya meningkatkan langkah berjaga-jaga dan sentiasa berwaspada terhadap perkembangan keselamatan semasa.

Walaupun tiada sekatan perjalanan ke Perancis, rakyat Malaysia digalakkan menangguhkan urusan yang tidak mendesak sehingga keadaan kembali pulih.

Kedutaan Besar Malaysia di Paris juga kekal berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan maklumat terkini dan memudahkan penyaluran bantuan sekiranya diperlukan.

Wisma Putra turut menggesa rakyat Malaysia yang menetap di Perancis supaya memastikan pihak Kedutaan mempunyai maklumat perhubungan terkini mereka bagi memudahkan komunikasi ketika kecemasan.

Mereka yang masih belum berdaftar dengan Kedutaan digalakkan berbuat demikian menerusi platform e-Konsular bagi membolehkan bantuan disalurkan dengan lebih berkesan.

Rakyat Malaysia yang merancang perjalanan ke Perancis juga digalakkan mendaftarkan butiran perjalanan masing-masing melalui platform sama, selain mengikuti perkembangan terkini daripada Kedutaan dan pihak berkuasa Perancis.

Bagi mendapatkan bantuan konsular segera, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Paris menerusi talian +33 1 45 53 11 85 atau talian kecemasan selepas waktu pejabat di +33 6 32 44 65 71.

Sebarang pertanyaan dan permohonan bantuan turut boleh dikemukakan melalui e-mel [email protected], manakala Wisma Putra akan terus memantau keadaan dan menyalurkan maklumat lanjut sekiranya perlu.

Perancis mempunyai sejarah demonstrasi besar-besaran termasuk gerakan Yellow Vests atau Jaket Kuning yang tercetus pada 2018 susulan bantahan terhadap kenaikan harga bahan api dan tekanan kos sara hidup.


 

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah nasihat Kementerian Luar kepada rakyat Malaysia berkaitan perjalanan ke Perancis? 
    A: Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia supaya mempertimbangkan penangguhan perjalanan tidak penting ke Perancis susulan demonstrasi yang sedang berlangsung di beberapa bandar utama negara itu.
  • Q: Adakah terdapat rakyat Malaysia yang terlibat atau terjejas akibat demonstrasi di Perancis? 
    A: Setakat ini, tiada laporan rakyat Malaysia yang terlibat atau terjejas akibat demonstrasi di Perancis.
  • Q: Apakah langkah yang perlu diambil oleh rakyat Malaysia yang berada atau merancang ke Perancis? 
    A: Rakyat Malaysia dinasihatkan meningkatkan langkah berjaga-jaga, mendaftar maklumat perhubungan dan perjalanan melalui platform e-Konsular, serta mengikuti perkembangan terkini daripada Kedutaan dan pihak berkuasa Perancis.
  • Q: Bagaimana rakyat Malaysia boleh mendapatkan bantuan konsular di Perancis? 
    A: Rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Paris melalui talian +33 1 45 53 11 85, talian kecemasan +33 6 32 44 65 71, atau e-mel [email protected] untuk bantuan konsular segera.
  • Q: Apakah sejarah demonstrasi besar-besaran yang pernah berlaku di Perancis? 
    A: Perancis pernah mengalami demonstrasi besar-besaran seperti gerakan Yellow Vests atau Jaket Kuning pada 2018 akibat bantahan terhadap kenaikan harga bahan api dan tekanan kos sara hidup.

Must Watch Video

Advertisement