DUNIA
TERKINI HAJI 2025: Arab Saudi lancar inisiatif mega terjemah Khutbah Arafah dalam 35 bahasa

Diterjemah secara langsung dalam 35 bahasa, inisiatif bersejarah ini menjadi usaha terbesar dalam sejarah menyampaikan mesej Islam ke seluruh dunia. - Foto Astro AWANI
MEKAH: Kepresidenan Hal Ehwal Agama di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi telah melancarkan satu inisiatif bersejarah bagi memperkayakan pengalaman Jemaah Haji di seluruh dunia melalui terjemahan langsung Khutbah Arafah musim Haji 1446H.
Ringkasan AI
- Terjemahan langsung Khutbah Arafah: Khutbah Arafah musim Haji 1446H akan diterjemahkan secara langsung dalam 35 bahasa, menjadikannya usaha terbesar dalam sejarah penyebaran mesej Islam.
- Komitmen Arab Saudi: Inisiatif ini mencerminkan usaha Arab Saudi dalam memperkukuh nilai kesederhanaan, toleransi, dan keharmonian global melalui platform digital serta media sosial.
- Pelantikan Sheikh Dr. Saleh bin Humaid: Beliau mendapat perkenan Raja Salman Abdulaziz untuk menyampaikan Khutbah Arafah, mengukuhkan kepimpinan Arab Saudi dalam tamadun Islam.
“Ini merupakan sebahagian daripada misi khusus Kepresidenan untuk memastikan penyampaian khutbah yang sederhana dan seimbang melalui terjemahan secara ‘real-time’, siaran langsung di platform digital dan media sosial, bersama-sama rakan strategik,” kata beliau selepas melancarkan projek tersebut di pejabatnya di Masjidil Haram.
Sebagai tambahan, Yang Berhormat Sheikh Dr Saleh bin Humaid, Imam dan Khatib Masjidil Haram, dijadualkan untuk menyampaikan Khutbah Arafah bagi musim Haji tahun ini (1446H).
Tahun ini menyaksikan Imam dan Khatib Masjidil Haram, Sheikh Dr Saleh Abdullah Humaid telah menerima perkenan daripada Raja Arab Saudi yang juga Penjaga Dua Kota Suci, Raja Salman Abdulaziz, untuk menyampaikan Khutbah Arafah bagi musim Haji tahun ini, 1446 Hijrah.
Pelantikan ini dilihat sebagai satu pengiktirafan terhadap peranan utama Arab Saudi dalam kepimpinan agama dan tamadun Islam global, di samping memperlihatkan sokongan berterusan kepimpinan kepada institusi-institusi keagamaan.
Siapa Sheikh Dr. Saleh Abdullah Humaid? Baca lanjut di sini:
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami