DUNIA

TERKINI HAJI 2025: Haji 1446H tahun terakhir pada musim panas sehingga 2050-an - NCM

Bernama 09/06/2025 | 04:42 MYT
Jemaah haji berpayung melindungi diri daripada panahan matahari selepas menunaikan ibadah melontar di Jamrah, Mina. - Gambar Bernama
MINA: Jurucakap Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi (NCM), Hussein Al-Qahtani memaklumkan, musim haji tahun ini, 1446 Hijrah menandakan berakhirnya musim haji yang berlangsung pada bulan-bulan musim panas.
Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), Al-Qahtani menyatakan, lapan musim haji berikutnya akan berlangsung pada musim bunga, diikuti lapan lagi pada musim sejuk, kemudian musim luruh dengan suhu yang semakin meningkat secara beransur-ansur, sebelum kembali kepada musim panas dalam tempoh kira-kira 25 tahun.
Jurucakap NCM itu menjelaskan, peralihan itu berlaku disebabkan oleh kitaran kalendar Hijrah, yang menawarkan peluang kepada jemaah untuk menunaikan ibadah haji dalam cuaca yang lebih sederhana pada tahun-tahun mendatang.
-- BERNAMA
#terkini haji 2025 #haji musim panas #musim haji 1446H #Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi