[TERKINI] AS Turunkan Tarif ke 19% Terhadap Malaysia – Semak Laporan Penuh Di Sini
DUNIA

TERKINI HAJI 2025: Masih ramai jadi mangsa sindiket haji

Azizul Azwa 31/05/2025 | 12:57 MYT
Mohd Na'im (tengah) bercakap kepada media sewaktu mengadakan lawatan Ibu Pejabat Tabung Haji di Mekah. - Astro AWANI
MEKAH: Hukumnya adalah jelas iaitu haram menipu orang ramai yang ingin menunaikan ibadat haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Mohd Na'im Mokhtar, mengulas berhubung ejen yang menipu orang ramai berhubung kes visa mujamalah.

"Kita dah habis cuba dah. (Menerusi) khutbah Jumaat, saya dah minta khutbah disediakan untuk mengingatkan masyarakat supaya tidak tertipu.

"Tapi masih ada lagi yang jadi mangsa. Jadi saya minta sangatlah... saya ulangi, berhati-hatilah. Macam saya sebut, kalau tawaran berkaitan dengan visa mujamalah, kita semak dulu sebab saya difahamkan dalam siasatan polis jumlahnya agak besar," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan Ibu Pejabat Tabung Haji di sini.

Pada Jumaat, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman mendedahkan kes penipuan visa mujamalah yang bernilai RM71,000.

#sindiket haji #terkini haji #jemaah haji #visa mujamalah #Tanah Suci