awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TERKINI HAJI 2025: Perbandaran Mekah siapkan rangkaian pencahayaan besar-besaran sempena haji

Bernama
Bernama
05/06/2025
02:20 MYT
TERKINI HAJI 2025: Perbandaran Mekah siapkan rangkaian pencahayaan besar-besaran sempena haji
Bagi musim Haji tahun ini, perhatian khusus diberikan kepada kawasan utama di Arafah, termasuk laluan pejalan kaki dan laluan yang menghubungkan Arafat ke Muzdalifah dan tapak penting lain. - Foto AP
MINA: Perbandaran Mekah menyiapkan pelaksanaan rangkaian pencahayaan yang meluas dan termaju di Arafat, lengkap dengan reka bentuk seni bina yang unik serta teknik pemasangan moden, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Pada malam Tarwiyah -- sehari sebelum Hari Arafah yang menandakan permulaan rasmi ibadah Haji -- kawasan itu disinari pancaran cahaya yang menakjubkan.
Susun atur pencahayaan yang diselaraskan pihak perbandaran menjadikan Arafat bersinar bagaikan suar, menambahkan suasana rohani dan memberikan ketenangan kepada para jemaah.
Menurut perbandaran itu, rangkaian baharu ini merangkumi sekitar 20,000 unit lampu pelbagai kapasiti, yang dipasang pada kira-kira 5,000 menara dan tiang dalam pelbagai saiz dan bentuk.
Unit-unit lampu diletakkan secara strategik bagi memastikan liputan penuh di semua jalan dan lorong di Arafat, membentuk sistem pencahayaan visual yang menyeluruh.
Rangkaian pencahayaan di tapak suci itu dikemas kini dan diperluas setiap tahun, dengan persiapan awal melibatkan kerja penyelenggaraan menyeluruh.
Bagi musim Haji tahun ini, perhatian khusus diberikan kepada kawasan utama di Arafah, termasuk laluan pejalan kaki dan laluan yang menghubungkan Arafat ke Muzdalifah dan tapak penting lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#terkini haji 2025
#Hari Arafah
#Arafat'
#rangkaian pencahayaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami