DUNIA

TERKINI HAJI 2025: Peta interaktif dilancar jadi panduan jemaah di Masjidil Haram

Bernama 02/06/2025 | 22:10 MYT
Pengguna boleh mengesan kemudahan penting seperti stesen air zamzam, pejabat hilang dan jumpa, pusat bantuan serta perkhidmatan penjagaan kesihatan. - Foto fail/Astro AWANI
MINA: Arab Saudi memperkenalkan peta interaktif pelbagai bahasa di Masjidil Haram bagi membantu jemaah haji mengakses perkhidmatan penting sepanjang musim haji, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Peta yang dilancarkan oleh Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi membolehkan pengguna mengesan kemudahan penting seperti stesen air zamzam, pejabat hilang dan jumpa, pusat bantuan serta perkhidmatan penjagaan kesihatan.

Ia merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Arab Saudi untuk memanfaatkan teknologi moden dalam memudahkan pelaksanaan ibadah dan meningkatkan pengalaman keseluruhan jemaah.

-- BERNAMA





#terkini haji 2025 #Masjidil Haram #peta interaktif #jemaah haji