DUNIA
TERKINI HAJI 2025: Teknologi Arab Saudi jadi penanda aras urus jemaah global
Pendekatan menyeluruh dengan teknologi dan strategi bersepadu adalah untuk memastikan keselamatan, kelancaran ibadah serta meningkatkan pengalaman keseluruhan jemaah. - Foto BERNAMA
MEKAH: Arab Saudi terus mengukuhkan kedudukannya sebagai model global dalam pengurusan jemaah secara maju dengan memanfaatkan teknologi canggih dan strategi bersepadu bagi mengurus jutaan jemaah haji.
Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), pendekatan menyeluruh ini memastikan keselamatan, kelancaran ibadah serta meningkatkan pengalaman keseluruhan jemaah.
Kementerian Dalam Negeri dan Pihak Berkuasa Data dan Kecerdasan Buatan Arab Saudi (SDAIA) menerajui usaha ini dengan platform seperti Sawaher yang menggunakan kecerdasan buatan dan sistem kamera pelbagai sudut untuk pemantauan masa nyata serta analisis data besar bagi meningkatkan keselamatan dan pengurusan jemaah.
Smart Makkah Operations Center (SMART MOC) menyepadukan sistem ini, termasuk sistem Baseer bagi pemantauan tepat pergerakan jemaah. SDAIA turut membangunkan bersama Platform Tasreeh bagi permohonan permit haji (disepadukan dengan Nusuk) dan memudahkan kemasukan pantas jemaah melalui Inisiatif Laluan Makkah di 12 lapangan terbang di lapan negara.
Aplikasi Tawakkalna pula menyediakan perkhidmatan penting seperti permintaan kecemasan, ramalan cuaca, arah kiblat serta semakan permit haji.
Suruhanjaya Komunikasi, Angkasa dan Teknologi memastikan sambungan rangkaian lancar dengan penambahan menara 5G dan peluasan capaian Wi-Fi di Makkah, Madinah dan lokasi suci. Ia turut menggunakan kecerdasan buatan, dron dan Internet Pelbagai Benda (IoT) untuk pemantauan jemaah dan kecekapan pengangkutan dengan sokongan pasukan teknikal 24 jam.
Pusat Pemantauan dan Kawalan Kementerian Haji dan Umrah menyelia operasi haji dengan menyepadukan data perjalanan jemaah dari negara asal hingga ke penginapan, sekali gus mengurangkan masa menunggu di lapangan terbang kepada kurang 40 minit.
Institut Penyelidikan Haji dan Umrah Universiti Umm Al-Qura turut menyumbang menerusi model pembelajaran mesin untuk analisis masa nyata ketumpatan jemaah serta menjalankan penyelidikan bagi menyokong proses membuat keputusan.
Pihak Berkuasa Am Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pula menyediakan sokongan lapangan termasuk sensor kiraan jemaah, papan tanda arah, laluan khas, sukarelawan pelbagai bahasa serta risalah dalam lebih 25 bahasa, selain perkhidmatan khas untuk warga emas dan orang kurang upaya. Kawasan dataran turut disediakan dengan sistem pengudaraan dan permaidani bagi pengagihan jemaah.
Suruhanjaya Diraja bagi Kota Makkah dan Tempat Suci, melalui Kidana Development Company, telah melaksanakan pelbagai projek infrastruktur termasuk hospital medan 200 katil, 71 lokasi intervensi pantas, 170,000 meter persegi laluan pejalan kaki getah (dengan 10,000 pokok), kawasan berbumbung, 64 kompleks tandas bertingkat dan 400 pendingin air.
Suruhanjaya itu juga menyelia rancangan pengangkutan besar-besaran melibatkan lebih 2.1 juta jemaah yang merangkumi bas, kereta api dan skuter elektrik yang diselaras menerusi bilik operasi pusat.
Projek Kerajaan Arab Saudi bagi Pelaksanaan Ibadah Hady dan Adahi yang turut diselia oleh suruhanjaya berkenaan telah mencapai kesiapsiagaan penuh dengan tujuh kompleks yang mampu mengendalikan lebih 1.1 juta haiwan, dengan agihan ke lebih 30 negara dan dipantau secara digital oleh sistem AI.
Pihak Berkuasa Bulan Sabit Merah Arab Saudi pula telah menempatkan lebih 7,500 kotak bekalan perubatan yang mengandungi lebih dua juta barangan dan kenderaan kecemasan mudah alih. Pihak berkuasa itu turut mengekalkan simpanan strategik melebihi 12.5 juta bekalan dan ubat-ubatan bagi memastikan respons kecemasan yang pantas serta penjagaan menyeluruh kepada jemaah.
-- BERNAMA