INTERNATIONAL

TERKINI HAJI: Kematian keempat jemaah haji Malaysia

Zaiful Mohd Ariffin, Azizul Azwa 26/05/2025 | 12:12 MYT
Allahyarham Mohamad Noor Mustaffar, jemaah haji KT014 dari Kuala Rompin, Pahang meninggal dunia pada Isnin, jam 11.30 pagi di Rehab Al-Janadiriyyah. - Gambar Facebook Datuk Mohd Na'im
MEKAH: Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci, Mekah, akibat sakit jantung.

Allahyarham Mohamad Noor Mustaffar, jemaah haji KT014 dari Kuala Rompin, Pahang meninggal dunia pada Isnin, jam 11.30 pagi di Rehab Al-Janadiriyyah, di sini.

Melalui hantaran di laman Facebook, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, berkata Tabung Haji telah memaklumkan kepada keluarga dan akan menguruskan segala keperluan jenazah termasuk pelaksanaan badal haji.

Setakat ini adalah kematian keempat bagi jemaah haji Malaysia.


#Tabung Haji #Facebook #meninggal dunia #sakit jantung