awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Akmal sokong PM wajibkan BM, Sejarah, minta kaji umur 6 tahun masuk Tahun 1
Mahkamah Jepun akan putuskan kes lelaki didakwa membunuh bekas PM Abe
UK pertahan perjanjian Chagos selepas Trump gelar ia “tindakan sangat bodoh”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Hamas serah 7 tebusan Israel kepada ICRC

Agensi
Agensi
13/10/2025
06:37 MYT
[TERKINI] Hamas serah 7 tebusan Israel kepada ICRC
Kenderaan ICRC membawa tahanan Israel di Gaza City. - Foto REUTERS/Dawoud Abu Alkas
KUMPULAN pejuang Palestin, Hamas telah menyerahkan tujuh tebusan warga Israel kepada Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) di Gaza, sebentar tadi.
Penyerahan itu dilakukan di bawah fasa pertama perjanjian gencatan senjata dengan Israel, yang turut menyaksikan Israel bersetuju membebaskan ratusan tahanan Palestin dari penjaranya sebagai pertukaran.
Perjanjian gencatan itu, disifatkan sebagai strategi terbesar ke arah menamatkan perang dua tahun antara Israel dan Hamas, yang turut bertujuan membuka jalan perdamaian kekal berdasarkan Pelan 20 Perkara yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, baru-baru ini.
Setakat ini, ribuan rakyat kelihatan berkumpul di Tel Aviv untuk melihat pembebasan tahanan Israel terbabit.
Trump juga telah tiba di Tel Aviv, Israel selepas pembebasan tebusan tersebut bagi meninjau pelaksanaan awal pelan damai itu.
Trump dijangka hadir di Parlimen Israel, Knesset hari ini. Trump dilaporkan turut menzahirkan pujian terhadap Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu atas usaha ke arah perdamaian itu.
Perbincangan damai itu akan turut disertai Presiden Abdel Fattah El-Sisi dan pemimpin dunia dari 20 negara.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#pelan 20 perkara
#Hamas
#tahanan Israel diserah oleh Hamas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami