DUNIA
[TERKINI] Israel bunuh 19 rakyat Palestin berhampiran hospital terakhir yang berfungsi di Gaza
Asap tebal menjulang dari Gaza selepas satu letupan besar kedengaran pada Rabu. - Gambar Reuters
GAZA: Sekurang-kurangnya 19 rakyat Palestin terkorban selepas kawasan berhampiran dua hospital utama di Gaza disasarkan tentera Israel, dalam serangan terbaharu yang terus meningkatkan angka korban awam.
Menurut pegawai perubatan, 15 orang terbunuh berhampiran Hospital al-Shifa manakala empat lagi maut dalam serangan berasingan berdekatan Hospital al-Ahli.
Serangan peluru berpandu yang menyasarkan kawasan sekitar hospital-hospital itu sekali gus melumpuhkan antara talian hayat terakhir buat ribuan penduduk yang sedang sakit, cedera dan kebuluran.
Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan, secara keseluruhan seramai 83 rakyat Palestin terbunuh pada Khamis sahaja, dengan 61 daripadanya dilaporkan di Kota Gaza yang kini menjadi tumpuan serangan darat Israel.
Kecaman antarabangsa
Hamas mengecam serangan tersebut sebagai “jenayah perang sepenuhnya”, sambil menegaskan ia berlaku kurang 24 jam selepas laporan terbaharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mendakwa Israel melakukan genosid terhadap rakyat Palestin.
Menteri Asia Barat United Kingdom, Hamish Falconer pula menyuarakan rasa “terkejut dan ngeri” dengan serangan ke atas Hospital al-Rantisi yang merawat kanak-kanak cedera.
“Bayi dalam inkubator dan kanak-kanak yang bergantung kepada dialisis tidak sepatutnya berada di bawah pengeboman,” katanya di media sosial.
Kementerian Kesihatan Gaza turut mengesahkan hospital kanak-kanak itu diserang tiga kali, memaksa 40 pesakit dipindahkan, sementara 40 lagi masih terperangkap bersama kakitangan perubatan.
‘Medicid’ – sistem kesihatan jadi sasaran
Pertubuhan Doktor Tanpa Sempadan (MSF) turut meratapi kematian seorang petugas mereka, Hussein Alnajjar, seorang jururawat dan bapa kepada tiga anak yang maut akibat serpihan bom berhampiran khemahnya.
Siasatan PBB minggu ini juga mendedahkan pemusnahan Pusat IVF Al Basma oleh Israel, sekali gus memusnahkan 4,000 embrio dan 1,000 sampel sperma serta telur.
PBB menyifatkan tindakan itu sebagai usaha menghalang kelahiran dalam kalangan rakyat Palestin – satu ciri yang ditakrifkan sebagai genosid di bawah Konvensyen 1948.
PBB turut menegaskan pola serangan ini menunjukkan wujud kempen sistematik untuk melumpuhkan sektor kesihatan Gaza, yang mereka gelar sebagai “medicid” – pembunuhan petugas kesihatan dan pemusnahan hospital bagi melenyapkan perkhidmatan perubatan di wilayah itu.
Kota Gaza terus dihujani bom
Penduduk Kota Gaza menggambarkan serangan udara, darat dan laut oleh Israel sebagai “belum pernah berlaku sebelum ini”, dengan rumah-rumah musnah rata dibedil.
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB sebelum ini mengecam pemusnahan melampau itu sebagai “sama dengan pembersihan etnik”.
Antara mangsa terkini ialah seorang kanak-kanak dan ibunya yang terbunuh apabila apartmen mereka di Kem Pelarian Shati dibom.
“Masa depan seakan musnah – tiada siapa tahu apa yang harus dilakukan. Pengeboman ada di mana-mana, bahkan di selatan,” kata penduduk yang dipindahkan, Abed Alaleem Wahdan, kepada Al Jazeera.
Walaupun Israel mengisytiharkan kawasan al-Mawasi di selatan Gaza sebagai “zon selamat”, ia turut diserang.
Kementerian Kesihatan memberi amaran kawasan itu kekurangan makanan, air dan perkhidmatan kesihatan asas, selain penyakit berjangkit semakin merebak akibat kem sesak.
Sementara itu, ratusan ribu penduduk yang cuba kembali ke utara mendapati rumah mereka hanya tinggal runtuhan. Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med melaporkan Israel turut meletupkan 10 kenderaan perisai yang dipasang jerangkap samar di kejiranan Tal al-Hawa.
Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) memberi amaran kebuluran di utara Gaza semakin parah berikutan konvoi bantuan telah disekat sejak lintasan Zikim ditutup pada 12 September lalu.
Angka korban terus meningkat
Sejak Oktober 2023, perang Israel ke atas Gaza telah meragut sekurang-kurangnya 65,062 nyawa rakyat Palestin dan mencederakan 165,697 yang lain, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
Ribuan lagi dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan. - Al Jazeera
Dapatkan berita terkini di sini