DUNIA
[TERKINI] Israel serang Iran lagi: Sasar Lapangan Terbang Tabriz
![[TERKINI] Israel serang Iran lagi: Sasar Lapangan Terbang Tabriz [TERKINI] Israel serang Iran lagi: Sasar Lapangan Terbang Tabriz](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2025-06/71749853736_tabrizairportiran.jpg)
Kepulan asap kelihatan dari lapangan terbang Tabriz di Iran, 13 Jun 2025, dalam tangkap layar yang diperoleh daripada video media sosial. REUTERS
ISTANBUL: Israel sekali lagi melancarkan serangan udara ke atas beberapa lokasi di Iran pada Jumaat, susulan serangan besar-besaran pada awal paginya, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media tempatan.
Press TV Iran melaporkan bahawa Israel menyerang kawasan berhampiran Lapangan Terbang Tabriz di barat laut Iran, dengan bunyi letupan kedengaran di kawasan itu.
Televisyen rasmi Iran turut melaporkan bahawa bandar selatan Shiraz serta tapak pengayaan uranium di Natanz - kemudahan utama dan terbesar negara itu - turut menjadi sasaran serangan Israel.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami