DUNIA
[TERKINI] Israel serang lokasi pembuatan senjata Iran, dakwa sasar program nuklear Tehran
Tentera Udara Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atas Iran, menyasarkan pusat pengeluaran pengempar dan kemudahan pembuatan senjata dengan lebih 50 pesawat pejuang terlibat. -Gambar fail/Reuters
TEHRAN: Tentera Udara Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Iran dalam beberapa jam lalu, menyasarkan tapak yang didakwa sebagai pusat pengeluaran pengempar (centrifuge) serta beberapa kemudahan pembuatan senjata, menurut kenyataan rasmi tentera negara itu.
Ringkasan AI
- Tentera Udara Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atas Iran, menyasarkan pusat pengeluaran pengempar dan kemudahan pembuatan senjata dengan lebih 50 pesawat pejuang terlibat.
- Serangan turut menyasarkan kilang bahan mentah dan komponen peluru berpandu, namun Iran menafikan sedang membangunkan senjata nuklear.
- Penilaian IAEA dan risikan AS menyatakan tiada bukti kukuh Iran menghasilkan senjata nuklear, sementara konflik bersenjata antara kedua-dua negara kini memasuki hari keenam.
Lebih 50 pesawat pejuang terlibat dalam operasi tersebut yang dikatakan sebagai sebahagian daripada usaha menyeluruh untuk melemahkan program pembangunan senjata nuklear Iran.
Menurut kenyataan yang disiarkan menerusi saluran Telegram rasmi tentera Israel, serangan turut menyasarkan kilang yang menghasilkan bahan mentah dan komponen untuk peluru berpandu permukaan ke permukaan serta permukaan ke udara.
Bagaimanapun, pihak berkuasa Iran menafikan bahawa negara itu sedang membangunkan senjata nuklear.
Penilaian terkini oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan komuniti risikan Amerika Syarikat (AS) turut menyatakan bahawa tiada bukti kukuh menunjukkan Iran sedang menghasilkan senjata nuklear.
Serangan berlaku ketika konflik bersenjata di antara kedua-dua negara memasuki hari keenam, dengan siri serangan balas dilaporkan di beberapa lokasi strategik termasuk Tehran, Shiraz dan Isfahan.
#Amerika Syarikat
#pusat pengeluaran pengempar
#kemudahan pembuatan senjata
#Konflik Iran-Israel
#terkini