DUNIA
[TERKINI] Mesir tangguh perasmian Muzium Agung Mesir susulan ketegangan Israel-Iran
![[TERKINI] Mesir tangguh perasmian Muzium Agung Mesir susulan ketegangan Israel-Iran [TERKINI] Mesir tangguh perasmian Muzium Agung Mesir susulan ketegangan Israel-Iran](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2025-06/71749957068_tbMOSTAFAMADBOULY.jpg)
Madbouly turut memberi amaran mengenai implikasi lebih luas konflik Israel-Iran, sambil menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan tercetusnya konfrontasi yang lebih besar di seluruh Timur Tengah. - Gambar fail/REUTERS
KAHERAH: Mesir menangguhkan perasmian Grand Egyptian Museum (GEM) yang lama dinanti-nantikan, berikutan ketegangan yang semakin memuncak antara Israel dan Iran, umum Perdana Menteri Mostafa Madbouly pada Sabtu, lapor agensi berita Xinhua.
Dalam sidang media semasa lawatan kerja ke wilayah utara Beheira, Madbouly berkata keadaan semasa di rantau ini tidak sesuai untuk menganjurkan acara antarabangsa berskala besar.
Perasmian muzium yang asalnya dijadual pada 3 Julai itu kini ditangguhkan ke suku keempat tahun ini.
"Ketegangan di rantau ini dijangka berlarutan selama beberapa minggu."Kami dapati langkah terbaik adalah menangguhkan acara penting ini supaya ia dapat diadakan dalam suasana yang lebih sesuai dan mendapat perhatian global yang sewajarnya," katanya.
Tarikh baharu perasmian akan diumumkan berdasarkan perkembangan semasa di rantau itu.
Madbouly turut memberi amaran mengenai implikasi lebih luas konflik Israel-Iran, sambil menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan tercetusnya konfrontasi yang lebih besar di seluruh Timur Tengah.
Terletak berhampiran piramid ikonik Giza dan meliputi kawasan seluas hampir 500,000 meter persegi, GEM digambarkan sebagai muzium arkeologi terbesar di dunia yang didedikasikan kepada satu tamadun.
Muzium itu dijangka menempatkan kira-kira 57,000 artifak, menurut Kementerian Pelancongan dan Antikuiti Mesir.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami