DUNIA
[TERKINI] Misi FFC: Sembilan aktivis Malaysia selamat tiba di Istanbul
Sembilan aktivis Malaysia itu tiba di Istanbul menaiki pesawat Turkish Airlines (TK6921) sekitar jam 2.30 petang (waktu Turkiye). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sembilan aktivis Malaysia dalam misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul, pada petang Jumaat.
Menurut Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Jumaat, sembilan aktivis Malaysia itu tiba di Istanbul menaiki pesawat Turkish Airlines (TK6921) sekitar jam 2.30 petang (waktu Turkiye) (7.30 malam waktu Malaysia).
Mereka akan menerima rawatan sebelum pulang ke Malaysia bersama-sama lapan lagi aktivis Malaysia yang terdiri dari pakar perubatan, ahli akademik dan wartawan Astro AWANI, Syafik Shukri Abdul Jalil.
Kementerian Luar turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Turkiye dan kesemua yang terlibat dalam membawa pulang semua aktivis Malaysia.
Kementerian berkenaan turut berkata, keselamatan dan kesejahteraan warga Malaysia merupakan keutaaman dalam misi membawa mereka pulang.