DUNIA
[TERKINI] Netanyahu lancar serangan baharu, Gaza kembali bergolak, Hamas dituduh langgar gencatan
Arahan terbaharu Netanyahu ke atas tentera Israel agar melancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan orang. - Gambar fail
TEL AVIV : Israel melancarkan serangan udara ke atas Gaza yang mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan orang, susulan dakwaan bahawa Hamas telah melanggar perjanjian gencatan senjata yang dimeterai dengan pengantaraan Amerika Syarikat (AS) termasuk insiden penemuan mayat tebusan yang didakwa direka.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengarahkan tentera melancarkan “serangan segera dan berkuasa” ke atas Semenanjung Gaza, menurut kenyataan ringkas pejabat beliau.
Seorang pegawai Amerika Syarikat memaklumkan kepada CNN bahawa Washington telah dimaklumkan mengenai keputusan tersebut.
Menurut pegawai tentera Israel, anggota Hamas telah menyerang pasukan Israel di timur Garisan Kuning – sempadan antara kawasan yang diduduki Israel dan wilayah Gaza – menggunakan pelancar bom tangan (RPG) dan penembak tepat.
Serangan berlaku di kawasan Rafah, selatan Gaza.
Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, memberi amaran Hamas akan membayar “harga yang tinggi” atas serangan terhadap anggota Pasukan Pertahanan Israel (IDF), dan berikrar akan bertindak balas “dengan kekuatan yang besar.”
Serangan udara ragut nyawa wanita dan kanak-kanak
Susulan arahan Netanyahu, serangan udara Israel di kawasan kejiranan Al-Sabra, Gaza City, mengorbankan sekurang-kurangnya tiga wanita dan seorang lelaki, menurut Pasukan Pertahanan Awam Gaza.
Di Khan Younis, sekurang-kurangnya lima orang terbunuh termasuk dua kanak-kanak dan seorang wanita.
Sementara, di utara Gaza pula, Pengarah Hospital Al Shifa, Dr Mohammed Abu Salmiya melaporkan, sekurang-kurangnya tiga serangan berlaku berhampiran fasiliti tersebut.
Hamas mengecam tindakan Israel yang disifatkan sebagai “pengeboman jenayah” dan menafikan dakwaan menyerang tentera Israel.
Namun, kumpulan itu menegaskan komitmen terhadap perjanjian gencatan senjata.
IDF dakwa Hamas reka penemuan mayat tebusan
IDF turut mendedahkan rakaman dron yang didakwa menunjukkan anggota Hamas menanam mayat yang dibalut kain putih di Gaza City, sebelum “menemui” semula mayat itu di hadapan wakil Palang Merah.
Rakaman hampir 15 minit itu menunjukkan tiga lelaki menyeret kain putih ke kawasan tanah yang telah digali, menutupnya dengan tanah, dan kemudian menggunakan jentolak untuk mengalihkan tanah tersebut.
Beberapa minit kemudian, wakil Palang Merah tiba dan mayat itu ditarik keluar semula dari tanah, sambil dirakam oleh individu yang memegang telefon bimbit.
Palang Merah dalam kenyataan berkata, pihaknya “tidak mengetahui bahawa mayat telah diletakkan di situ sebelum ketibaan mereka” dan menyifatkan insiden itu sebagai “tidak boleh diterima” kerana ia menjejaskan kepercayaan terhadap perjanjian gencatan senjata.
Penyerahan mayat tebusan ditangguh
Susulan arahan Netanyahu, sayap bersenjata Hamas mengumumkan penangguhan penyerahan mayat tebusan yang ditemui di selatan Gaza, dengan alasan “pelanggaran” oleh Israel.
Hamas turut memberi amaran bahawa sebarang peningkatan serangan oleh Israel akan “menjejaskan operasi pencarian dan penggalian serta pemulangan mayat tebusan yang telah meninggal dunia.”
Mayat tebusan itu sebelum ini dijadualkan diserahkan kepada Israel melalui Palang Merah, selepas ditemui di dalam terowong di Khan Younis.
Satu lagi mayat ditemui di Nuseirat, kawasan tengah Gaza, di bawah runtuhan bangunan yang pernah menjadi lokasi operasi menyelamat oleh Israel pada Jun 2024.
Ketika itu, Hamas mendakwa, beberapa tebusan terbunuh dalam operasi tersebut, namun Israel dan Amerika Syarikat menafikan dakwaan itu.
Rakaman video yang dianalisis CNN menunjukkan lokasi penemuan mayat adalah sama dengan bangunan yang terlibat dalam operasi berkenaan, sekali gus mencetuskan persoalan baharu mengenai nasib tebusan Israel dalam misi tersebut.
Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan lebih 270 rakyat Palestin terbunuh dan ratusan lagi cedera dalam operasi menyelamat itu.
AS: Gencatan senjata masih berkuat kuasa
Ketika ditanya sama ada serangan Israel akan menamatkan gencatan senjata, Naib Presiden Amerika Syarikat, JD Vance menegaskan, perjanjian itu masih berkuat kuasa dan menyifatkan usaha Presiden sebagai “kejayaan bersejarah” dalam membawa keamanan ke Asia Barat.
“Ini tidak bermakna tiada pertempuran kecil berlaku di sana sini,” katanya. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini