DUNIA
[TERKINI] Penyampai cemas ketika 'live', bangunan stesen TV milik kerajaan Iran diserang Zionis
Seorang penyampai berita wanita berdepan detik mencemaskan apabila bangunan stesen televisyen Iran terkena serangan udara rejim Zionis. - Foto tangkap layar video X@turkiyetodaycom
TEHRAN: Seorang penyampai berita wanita berdepan detik mencemaskan apabila bangunan stesen televisyen Iran terkena serangan udara rejim Zionis.
Insiden yang tular di media sosial itu memperlihatkan visual dalam studio tiba-tiba bergegar, disusuli bunyi letupan kuat ketika penyampai terbabit sedang mengkritik tindakan ketenteraan Israel ke atas Iran.
Rakaman turut menunjukkan serpihan struktur bangunan, termasuk cebisan batu dan habuk, berterbangan memasuki ruang studio sebelum skrin LED di belakang penyampai terpadam serta-merta.
Wanita itu kelihatan cemas dan terhenti seketika sebelum segera meninggalkan set siaran.
Menurut media tempatan, serangan tersebut dipercayai sebahagian daripada gelombang serangan udara terbaru Israel ke atas sasaran penting di Tehran, termasuk kemudahan komunikasi dan struktur ketenteraan.
Setakat ini, pihak berkuasa Iran masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung jumlah korban atau tahap kerosakan akibat serangan berkenaan.
Sementara itu, Menteri Pertahanan, Israel Katz mengesahkan serangan tentera zionis ke atas stesen TV Iran itu.
Tentera Israel sebelum itu mengarahkan penduduk di Daerah 3, Tehran yang menempatkan pejabat-pejabat kementerian dan kedutaan asing untuk segera mengosongkan kawasan itu susulan serangan udara baharu yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat.
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) memaklumkan mereka akan menyerang struktur ketenteraan milik Iran dalam beberapa jam akan datang.
Ketegangan antara Iran dan rejim Zionis semakin memuncak sejak Jumaat lalu apabila kedua-dua negara saling melancarkan serangan balas, menjadikan konflik ini antara yang paling serius dalam sejarah hubungan mereka.
Dapatkan berita terkini di sini