[TERKINI] Pesawat bawa Maduro mendarat di New York
![[TERKINI] Pesawat bawa Maduro mendarat di New York [TERKINI] Pesawat bawa Maduro mendarat di New York](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2026-01/41767480475_NicolasMaduro.jpg)
Pesawat yang membawa Presiden Venezuela, Nicolas Maduro bersama isterinya, Cilia Flores, dilaporkan telah mendarat di Pangkalan Udara Pengawal Kebangsaan Stewart, New York. - Gambar AP
NEW YORK: Pesawat yang membawa Presiden Venezuela, Nicolas Maduro bersama isterinya, Cilia Flores, dilaporkan telah mendarat di Pangkalan Udara Pengawal Kebangsaan Stewart, New York, menurut laporan media Amerika Syarikat (AS).
Pesawat berkenaan dilaporkan sudah berada di landasan, dengan beberapa anggota penguat kuasa undang-undang menaiki pesawat tersebut.
Pada Sabtu, AS menyerang Venezuela dan menangkap Maduro dan isterinya, Cilia Flores, dalam satu operasi ketenteraan berskala besar
Presiden AS, Donald Trump menyifatkan operasi itu sebagai “serangan yang tidak pernah dilihat sejak Perang Dunia Kedua” dan memuji ia sebagai “antara demonstrasi kuasa dan kecekapan Amerika paling menakjubkan dalam sejarah.”
Trump menjelaskan, operasi yang melibatkan kekuatan udara, darat dan laut AS itu berjaya tanpa korban jiwa atau kehilangan aset ketenteraan.
Presiden Trump menuduh Maduro melancarkan “kempen keganasan dan subversi tanpa henti” terhadap AS selama bertahun-tahun selepas tamat tempoh pemerintahannya, yang menurutnya mengancam keselamatan rakyat Amerika dan kestabilan rantau itu.
Beliau juga mengaitkan Maduro dengan penyeludupan dadah berskala besar yang membawa “penderitaan dan kemusnahan manusia” khususnya di AS.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


