DUNIA
[TERKINI] Trump ancam lancar serangan ke atas Nigeria
Presiden Trump beri amaran Amerika akan “segera menghentikan semua bantuan dan sokongan kepada Nigeria” sekiranya kerajaan negara itu tidak bertindak segera. - Gambar Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan bahawa beliau telah mengarahkan Pentagon untuk bersiap sedia bagi kemungkinan tindakan ketenteraan terhadap Nigeria, susulan dakwaan berterusan mengenai keganasan terhadap komuniti Kristian di negara itu.
Dalam satu hantaran di media sosial, Trump menyifatkan insiden yang berlaku sebagai “penyembelihan besar-besaran” terhadap penganut Kristian dan memberi amaran bahawa Amerika Syarikat akan “segera menghentikan semua bantuan dan sokongan kepada Nigeria” sekiranya kerajaan negara itu tidak bertindak segera.
“Saya telah mengarahkan Jabatan Perang kita untuk bersiap sedia. Jika kita menyerang, ia akan berlaku dengan pantas, ganas dan tepat — sama seperti cara pengganas menyerang umat Kristian kita yang DIKASIHI!” tulis Trump.
Kenyataan itu turut menyebut bahawa AS mungkin akan “masuk ke negara yang telah tercemar itu dengan senjata menyala” bagi menghapuskan sepenuhnya kumpulan pengganas Islam yang didakwa melakukan kekejaman tersebut.
Pengumuman itu dibuat sehari selepas Trump menamakan Nigeria sebagai “Country of Particular Concern” (Negara yang Menjadi Perhatian Khas) di bawah Akta Kebebasan Beragama Antarabangsa, dengan alasan bahawa Kristian kini berdepan ancaman kewujudan di negara tersebut.
Penamaan itu membolehkan AS mempertimbangkan sekatan terhadap Nigeria, termasuk larangan bantuan bukan kemanusiaan, walaupun ia tidak bermakna sekatan akan dilaksanakan serta-merta.
Presiden Nigeria, Bola Ahmed Tinubu dalam kenyataan balasnya menegaskan bahawa dakwaan Trump tidak mencerminkan realiti sebenar di negaranya.
“Kebebasan beragama dan toleransi adalah teras kepada identiti nasional kami dan akan terus kekal begitu. Nigeria menolak sebarang bentuk penganiayaan agama dan tidak menggalakkannya,” kata Tinubu.
Jurucakap Presiden Nigeria turut menyifatkan kenyataan Trump sebagai “berlebihan” dan menjelaskan bahawa serangan oleh kumpulan ekstremis di Nigeria menyasarkan kedua-dua komuniti Kristian dan Muslim secara rawak.
“Apa yang negara kami perlukan daripada Amerika adalah sokongan ketenteraan untuk memerangi pelampau ganas di beberapa negeri, bukannya label sebagai negara yang menjadi perhatian khas,” kata jurucakap Bayo Onanuga.
Nigeria telah lama bergelut dengan pelbagai bentuk keganasan termasuk serangan oleh kumpulan ekstremis seperti Boko Haram dan ISIS Wilayah Afrika Barat.
Serangan ini sering kali didorong oleh pelbagai faktor termasuk ketegangan agama, perebutan sumber antara petani dan penternak, serta konflik etnik dan komuniti.
Walaupun komuniti Kristian turut menjadi sasaran, laporan tempatan menunjukkan bahawa majoriti mangsa serangan adalah Muslim yang tinggal di kawasan majoriti Islam di utara Nigeria.
Setakat ini, jurucakap White House dan pejabat Presiden Nigeria belum mengeluarkan kenyataan rasmi susulan arahan Trump kepada Pentagon. - Agensi