DUNIA
[TERKINI] Trump lantik Tony Blair, Jared Kushner sertai ‘Lembaga Keamanan’ Gaza
Blair akan menjadi antara ahli eksekutif pengasas lembaga itu bersama Jared Kushner, Marco Rubio, serta Steve Witkoff. - Foto fail
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, melantik bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair, ke dalam apa yang digelar sebagai “Lembaga Keamanan” Gaza, sebuah badan yang dijangka menyelia pelaksanaan pelan 20 perkara Washington untuk menamatkan perang Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.
Menurut White House pada Jumaat, Blair akan menjadi antara ahli eksekutif pengasas lembaga itu bersama menantu Trump, Jared Kushner, Setiausaha Negara AS Marco Rubio, serta utusan khas AS ke Asia Barat, Steve Witkoff.
Ahli lain termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Apollo Global Management, Marc Rowan; Presiden Kumpulan Bank Dunia, Ajay Banga; dan Timbalan Penasihat Keselamatan Negara AS, Robert Gabriel.
White House memaklumkan lembaga berkenaan akan menyelia portfolio penting bagi “penstabilan dan kejayaan jangka panjang Gaza”, meliputi pembinaan kapasiti tadbir urus, hubungan serantau, pembinaan semula, tarikan pelaburan, pembiayaan berskala besar serta mobilisasi modal.
Diplomat Bulgaria, Nickolay Mladenov, dinamakan sebagai Wakil Tinggi bagi Gaza.
Kenyataan sama turut mengumumkan penubuhan Lembaga Eksekutif Gaza bagi menyokong tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan di wilayah itu.
Blair, Kushner dan Witkoff turut dilantik ke lembaga tersebut bersama Menteri Luar Turkiye Hakan Fidan dan diplomat Qatar Ali Al Thawadi, antara yang lain.
Pengumuman ini dibuat beberapa hari selepas Witkoff mengumumkan pelancaran fasa kedua pelan tajaan AS untuk menamatkan perang Israel di Gaza, yang telah meragut lebih 71,000 nyawa rakyat Palestin sejak Oktober 2023.
Pentadbiran Trump menyatakan pelan itu kini “beralih daripada gencatan senjata kepada nyahketenteraan, tadbir urus teknokratik dan pembinaan semula”.
Bagaimanapun, rakyat Palestin mempersoalkan pelaksanaannya ketika Israel masih meneruskan serangan maut di Gaza serta menyekat penghantaran bantuan kemanusiaan, yang didakwa melanggar perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa Oktober lalu.
Pada Jumaat, serangan Israel dilaporkan mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, seorang remaja lelaki 16 tahun dan seorang wanita warga emas.
White House turut mengesahkan Ali Sha’ath akan mengetuai jawatankuasa teknokratik Palestin yang dijangka mengendalikan pentadbiran harian Gaza menggantikan Hamas, yang sebelum ini menyatakan kesediaan melepaskan peranan pentadbiran seperti digariskan dalam pelan Trump.
Tiada reaksi segera daripada Hamas atau kumpulan politik Palestin lain terhadap komposisi lembaga tersebut.
Penyertaan Blair mencetuskan kontroversi berikutan rekod sokongannya terhadap “Perang Melawan Keganasan” pimpinan AS pada awal 2000-an, termasuk pencerobohan Iraq pada 2003.
Kushner pula dikenali sebagai penyokong tegar Israel dan sebelum ini mempertikaikan keupayaan rakyat Palestin mentadbir sendiri.
Kushner juga mempunyai hubungan rapat dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, yang dikehendaki oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas dakwaan jenayah perang di Gaza.
Pada 2024, Kushner menyifatkan Gaza mempunyai hartanah pesisir “sangat bernilai” dan mencadangkan penduduknya dipindahkan sebelum kawasan itu “dibersihkan”.