[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
DUNIA

[TERKINI] Trump umum gencatan senjata antara Israel dan Iran

Agensi 23/06/2025 | 22:40 MYT
Presiden Trump yakin perjanjian gencata senjata antara Israel dan Iran merupakan langkah penting ke arah penamatan konflik yang telah mengakibatkan ketegangan ketara di Asia Barat sejak beberapa minggu lalu. - Gambar Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan Israel dan Iran bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata yang menurutnya berpotensi menjadi kekal.
Mengumumkan perkembangan terbaharu itu di media sosial, Trump berkata, kedua-dua pihak telah bersetuju sepenuhnya untuk melaksanakan gencatan senjata sepenuhnya dalam tempoh enam jam daripada sekarang - selepas kedua-dua negara menyelesaikan operasi terakhir mereka yang sedang berjalan.
“Israel dan Iran telah mencapai persetujuan penuh untuk melaksanakan GENCATAN SENJATA SEPENUHNYA (dalam kira-kira enam jam dari sekarang, apabila misi akhir mereka selesai), selama 12 jam. Selepas itu, perang ini akan dianggap TAMAT,” tulis beliau.
Dalam masa sama, Trump menyatakan keyakinannya perjanjian ini merupakan langkah penting ke arah penamatan konflik yang telah mengakibatkan ketegangan ketara di Asia Barat sejak beberapa minggu lalu.
Setakat ini, belum ada pengesahan rasmi daripada Tel Aviv mahupun Tehran berhubung butiran perjanjian tersebut, namun, pengumuman oleh Washington dilihat sebagai perkembangan diplomatik yang signifikan di tengah-tengah kebimbangan antarabangsa mengenai potensi tercetusnya perang besar-besaran di rantau itu. - Agensi
#konflik Israel-Iran #gencatan senjata #Donald Trump #nuklear iran