awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terlalu cantik, Kate dituduh berlakon, dakwa akhbar Russia

Astro Awani
Astro Awani
04/05/2015
00:59 MYT
Terlalu cantik, Kate dituduh berlakon, dakwa akhbar Russia
Ramai mendakwa mustahil untuk seorang wanita kelihatan sebegitu cantik hanya selepas beberapa jam melahirkan anak.
Sebuah akhbar Russia mendakwa kelahiran puteri sulung Putera William dan Kate Middleton sebagai satu sandiwara semata-mata.
Akhbar pro-Kremlin, Komsomolskaya Pravda, melemparkan dakwaan tersebut berdasarkan pendapat-pendapat wanita awam di Russia.
Kebanyakan wanita tersebut berpendapat, sangat mustahil Kate baru melahirkan anak ketika muncul buat pertama kali di khalayak bersama William dan puteri mereka.
Mereka juga mendakwa, bayi perempuan yang dibawa keluar dan ditunjukkan kepada orang ramai itu nampak seperti sudah berusia beberapa hari.
KLIK GALERI FOTO: Rakyat Britain kongsi gembira
Kate Middleton
Seorang wanita yang ditemu ramah akhbar berkenaan berkata, jika benar Kate melahirkan bayi tersebut, ia berlaku tiga hari sebelum itu.
"Lihat sahaja bayi itu, tidak kelihatan seperti bayi yang baru beberapa jam dilahirkan," kata wanita tersebut.
Seorang lagi wanita mendakwa, mustahil untuk seorang wanita kelihatan sebegitu cantik dan berseri hanya selepas beberapa jam melahirkan anak, tidak kira betapa bagus pereka gaya yang menggayakannya. (Baca: Reaksi media sosial)
Satu lagi dakwaan lebih tidak masuk akal mengatakan Kate tidak mengandung, sebaliknya bayi perempuan itu dilahirkan oleh ibu tumpang.
"Jika anda pernah melahirkan anak, cuba imbas kembali keadaan diri anda 5 atau enam jam selepas itu. Jika sekalipun anda melalui proses kelahiran yang mudah, anda pasti akan keletihan dan hanya akan mahu tidur sahaja," kata mereka.
Topic Berkaitan
#Kate Middleton
#Putera William
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan