DUNIA
Terpaksa terima pelan damai Palestin-Israel Trump sebab dunia Islam lemah - Penganalisis

Pada Selasa, Trump mengumumkan penubuhan sebuah 'Board of Peace' yang akan diberi mandat mengurus pentadbiran sementara Gaza sebaik sahaja pertempuran dihentikan. - Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Penyokong perjuangan kemerdekaan Palestin terpaksa menerima cadangan yang dikemukakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, lantaran kelemahan pemimpin negara-negara Islam.
Ringkasan AI
- Penyokong kemerdekaan Palestin terpaksa menerima pelan damai AS kerana kelemahan kepimpinan negara-negara Islam yang gagal bersatu.AS dilihat satu-satunya kuasa yang mampu menundukkan Israel, walaupun cadangan damai itu tidak digemari oleh dunia Arab-Islam.Negara-negara Arab-Islam perlu lebih lantang dan sanggup korbankan kepentingan dengan AS untuk memberi tekanan bermakna kepada AS dan Israel demi keamanan Gaza.
“Kita agak sedih kerana dalam konteks dunia Asia Barat ketika ini, negara-negara Arab tidak boleh bersatu untuk capai kata sepakat bagi menyelesaikan konflik.
“Kita lihat apabila ada idea perdamaian yang datang daripada AS, walaupun kita tidak suka, kita perlu terima hakikat bahawa apabila tidak ada kekuatan datang dari negara-negara Islam di Asia Barat, maka sudah tentu pihak luar akan ambil peranan besar untuk pastikan proses perdamaian berlaku,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Tiga Penjuru terbitan Astro AWANI pada Khamis.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi IRIS Institute, Asyraf Farique menegaskan keperluan untuk negara-negara Arab-Islam mengorbankan kepentingan dengan AS demi memberi tekanan yang lebih bermakna kepada AS dan sekutunya, Israel.
"Keamanan tidak akan tercapai kalau ia dimonopoli oleh satu pihak sahaja iaitu Israel. Ia perlu melibatkan pihak-pihak berkepentingan lain. Negara-negara Arab-Islam perlu lebih lantang dan mengorbankan kepentingan yang memihak kepada AS dan terus memberi tekanan kepada AS.
“Selagi tiada desakan yang benar, AS dan Israel akan terus bermaharajalela dan perang ini mustahil dapat ditamatkan dalam masa terdekat,” ujarnya.
Pada Selasa, Trump mengumumkan penubuhan sebuah “Lembaga Keamanan” (Board of Peace) yang akan diberi mandat mengurus pentadbiran sementara Gaza sebaik sahaja pertempuran dihentikan.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami