awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tertelan Airpods kerana disangka vitamin

Sinar Harian
Sinar Harian
17/09/2023
01:30 MYT
Tertelan Airpods kerana disangka vitamin
Kejadian menimpa Tanna Barker turut menjadi tular selepas dia membuat pengakuan menerusi video yang dikongsi di TikTok. - Foto Agensi/Sinar Harian
SAN FRANCISCO: Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) didakwa tertelan salah satu daripada fon telinga Airpods miliknya kerana menyangka ia ialah vitamin.
Kejadian menimpa Tanna Barker turut menjadi tular selepas dia membuat pengakuan menerusi video yang dikongsi di TikTok.
Barker menjelaskan dia sedang berborak dengan rakannya ketika dia menanggalkan salah satu fon telinga keluaran Apple itu kerana mahu mendengar perbualan temannya dengan lebih jelas.
"Pada masa sama, dia juga mengambil 'vitamin' dan memasukkan ke dalam mulutnya. Tidak lama selepas itu, Barker baru menyedari vitamin sebenar masih berada di dalam tangannya," lapor Android Authority.
Wanita itu bagaimanapun masih boleh ketawa apabila menceritakan semula detik melucukan tersebut.
"Saya telah menghubungi doktor dan beberapa rakan untuk meminta nasihat mereka. Kesemuanya memberikan saranan yang sama iaitu menyuruh saya membiarkan ia keluar sendiri dengan najis," jelas laporan itu lagi.
Pada 2021, seorang lagi wanita di AS pernah berdepan situasi sama dan paling memeranjatkan apabila Airpods itu dikatakan masih berfungsi dengan baik kerana dapat merakam bunyi perutnya. - Agensi/Sinar Harian
Topic Berkaitan
#fon telinga
#tertelan Airpods
#TikTok
#Android Authority
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan