awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tesla catat nilai pasaran melebihi AS$1 trilion selepas Trump menang

Bernama
Bernama
10/12/2024
08:45 MYT
Tesla catat nilai pasaran melebihi AS$1 trilion selepas Trump menang
Musk kini dianggarkan memiliki kekayaan melebihi AS$300 bilion, menurut pengiraan majalah Forbes. - Foto REUTERS
NEW YORK: Tesla, syarikat milik Elon Musk mencatat nilai pasaran saham melebihi AS$1 trilion pada Jumaat, buat kali pertama sejak 2022, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Harga saham Tesla melonjak lebih lapan peratus pada Jumaat sahaja, mencapai AS$321.22.
Sejak hari pilihan raya pada Selasa lalu, saham syarikat itu meningkat lebih 25 peratus.
Musk kini dianggarkan memiliki kekayaan melebihi AS$300 bilion, menurut pengiraan majalah Forbes dengan sebahagian besar kekayaannya terdiri daripada saham Tesla.
Tesla, seperti pengeluar kenderaan elektrik lain sedang berhadapan dengan penurunan permintaan.
Dasar Trump untuk meningkatkan pengeluaran minyak dan gas asli dijangka menyukarkan lagi industri terbabit.
Bagaimanapun, penganalisis Dan Ives dari firma kewangan Wedbush Securities optimis bahawa Tesla akan mendapat pengecualian.
Selain itu, Trump dilaporkan bercadang memberi Musk peranan penting dalam pentadbiran baharunya bagi membantu mengurangkan perbelanjaan kerajaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tesla
#Elon Musk
#saham meningkat
#kemenangan Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan