DUNIA
Tesla milik Elon Musk mohon lesen untuk bekal tenaga kepada isi rumah di Britain
Tesla berharap dapat memulakan bekalan tenaga kepada isi rumah dan perniagaan di England, Scotland dan Wales seawal tahun depan. - Gambar fail/Reuters/Francis Mascarenhas
LONDON: Syarikat milik Elon Musk, Tesla, merancang untuk memasuki pasaran tenaga Britain dan membekalkan tenaga kepada isi rumah dalam beberapa bulan akan datang, lapor PA Media/dpa.
Syarikat itu telah memohon kelulusan lesen tenaga daripada pengawal selia Ofgem bagi bersaing dengan syarikat pembekal tenaga gergasi termasuk pemilik British Gas, Centrica, dan Octopus Energy.
Tesla berharap dapat memulakan bekalan tenaga kepada isi rumah dan perniagaan di England, Scotland dan Wales seawal tahun depan.
Tesla Energy Ventures memohon lesen tersebut bulan lalu, menurut pemfailan baharu yang diterbitkan oleh pihak berkuasa pengawal selia Ofgem.
Permohonan itu ditandatangani oleh Andrew Payne, pengarah bahagian perniagaan tenaga kumpulan itu di Eropah.
Pengeluar kereta elektrik yang dikendalikan oleh individu terkaya di dunia itu juga mempunyai perniagaan tenaga solar dan penyimpanan bateri.
Langkah ini dibuat kira-kira dua tahun selepas Tesla mula merekrut ketua operasi untuk mengendalikan cadangan perniagaan bekalan tenaganya.
Tesla telah terlibat dalam pasaran tenaga UK sejak 2020 apabila ia diberi lesen sebagai penjana elektrik.
Di AS, kumpulan itu telah menjadi pembekal elektrik di Texas sejak tiga tahun lalu.
Perkembangan ini berlaku ketika permintaan terhadap kenderaan elektrik Tesla di seluruh Eropah semakin berkurangan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Data industri menunjukkan penurunan hampir 60 peratus dalam jumlah pendaftaran baharu kenderaan Tesla di UK pada Julai berbanding tahun sebelumnya.
Statistik menunjukkan sebanyak 987 kenderaan baharu didaftarkan di UK pada Julai berbanding 2,462 pada bulan yang sama tahun lalu.
-- BERNAMA