awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tetamu biadab makan penampar pengantin perempuan

Sinar Harian
Sinar Harian
01/03/2018
03:14 MYT
Tetamu biadab makan penampar pengantin perempuan
Gara-gara bertindak keterlaluan, seorang tetamu majlis perkahwinan menerima padah selepas dia ditampar pengantin perempuan dalam satu insiden di China.
Rakaman video yang turut menjadi tular menunjukkan tetamu terbabit menolak kepala dan memaksa wanita itu untuk melakukan upacara kowtow atau melutut di hadapan mertua seperti biasa dilakukan pasangan mempelai di negara tersebut.
Perbuatan biadab lelaki tersebut telah menyebabkan pengantin perempuan terbabit berang lalu dia berdiri dan menampar muka lelaki itu sebelum ditenangkan ahli keluarganya.
Menurut Kan Kan News yang dipetik Daily Mail, pasangan pengantin terbabit baru mahu memulakan upacara tradisional tersebut yang merupakan satu acara wajib sebagai simbol menghormati ibu bapa.
Rangkaian berita tersebut bagaimanapun tidak menyatakan tarikh dan di mana lokasi kejadian itu berlaku.
Beberapa pihak mendakwa ia mungkin prank atau gurauan kepada pengantin sempena hari bahagia mereka.
Sejak dua tahun lalu, kelakuan tidak senonoh tetamu biadab di majlis perkahwinan telah menjadi topik sosial di negara itu.
Pada November 2016, sebuah video menjadi trending selepas sekumpulan tetamu di Beijing memaksa pengantin menanggalkan pakaian dan mengadakan hubungan intim di hadapan mereka.
Dalam beberapa kes, prank perkahwinan telah menyebabkan kecederaan serius malah membawa kematian.
Topic Berkaitan
#Beijing
#China
#ditampar
#kowtow
#majlis perkahwinan
#pengantin perempuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan